Thursday 3 November 2011

Part-time Job

Ramai orang bercakap, bergurau, ber-update-update status siap berkomen panjang lebar kat Twitter dan Facebook.
Macam-macam isu.
Tapi yang menarik perhatian aku bab 'KAHWIN'.
Yep, memang tak dinafikan seramai hampir 20 orang kawan-kawan aku dah selamat mendirikan rumah tangga dalam tahun ni!
Yang merisik dan bertunang tu ada la dalam lebih kurang 5-6 orang.

Entri kali ni bukan nak cerita pasal kahwin.
Tapi cerita usaha nak menuju ke gerbang perkahwinan.
Nak cerita pasal kahwin memang tak boleh la.
Kang mengarut pulak aku bebel pasal kahwin.

Memandangkan aku ni seorang penjawat awam yang bergaji hanya cukup untuk menampung diri sendiri.
Bak kata pepatah moden - kais pagi makan pagi, kais petang makan esok hari.
So, aku kena cari inisiatif baru.
sebab kalau nak harapkan gaji je, lagi 4-5 tahun la baru boleh pakai baju melayu lengkap siap tengkolok dengan sampin terselit keris kat pinggang!
Tu je la satu-satunya cara aku nak hensemkan diri di khalayak ramai.

"Sibuk je nak buat entri kahwin. Tak sabar nak kahwin ke? Sangap?"
Kalau ada orang tanya soalan macam ni kat aku, selang 2 saat aku tepuk dahi dia laju-laju!
Konon-konon ada nyamuk hinggap.
Lepas tu aku cakap, "Gua nak kahwin bukan sebab sangap. Tapi sebab dah sampai seru. Gua kahwin lambat takpe sebab gua laki. Tapi awek gua perempuan. Lu tau? Lu tau?? Lu tak tau ma!!"
Hensem kan aku jawab macam tu?
 
Part-time job. Ramai yang rekemen aku buat bisnes online.
Tapi aku tak percaya dengan bisnes yang tak nampak depan mata.
Lagipun jenayah siber dah berleluasa.
Tak pasal-pasal aku mati berdiri, duit dalam akaun hilang.

Pernah jugak terfikir nak berniaga.
Ramly Burger, Burger 99, Otak-otak kempas, Stimboat lidi pun boleh.
Tapi bisnes macam tu kena beroperasi malam.
Agak susah sebab esoknya nak kerja lagi.
Mengamuk pulak bos aku bila tengok aku kat ofis bersandar kat kerusi dengan mata terpejam.
Tangan kanan pegang mouse. Tangan kiri pegang handpone.
Peh! Berlakon habis.

Dulu nak invest kat bisnes ternakan ikan Arowana.
Tapi modal pulak kena besar.

Pernah kena tarik dengan member buat investment.
Jual beli saham.
Yang tu pun kena bawak masuk modal besar.
Duit KWSP pun tak cukup nak buat modal!

Naik pening jugak bila fikir pasal part-time job nih.
Nak saving pun tak tau nak saving kat mana.
Perancangan nya masuk tahun baru nanti dah ada part-time job.
Tapi nak buat part-time keje ape?
Korang ada idea?





p/s : bukan banyak alasan. cuma berhati-hati. out!

Wednesday 21 September 2011

Hello

"Kringg.. kringg.."

Dengan pantas aku jawab panggilan.

Aku : "MQA.."
Pemanggil : "Hello, sape ni?"
Aku : "Fitri..."
Pemanggil : "Ha?! Siti??"

Aku : "@#$%^&", diam terkesima.

Pemanggil : "Hello...sape ni?"
Aku : "Saya Fitri. Nak cakap dengan sape?"
Pemanggil : "Oh, salah nombor la. Sorry"

Aku : "@#$%^&", terkesima lagi. Kali ni jenis bingung.

....

Lepas ni kalau orang call tanya "Sape ni?", aku nak jawab "Aaron Aziz".
 
 

This is True!

10 facts about you:~)

1.You are reading this comment

2.You are realizing that is a stupid fact

4.You didn't notice I skipped three.

5.You're checking now

6.You're smiling

7.You are still reading my coment

9.You didn't realize I skipped eight

10.You're checking again and smiling about how you fell for it again

11.You are enjoying this

12 You didn't realize there are only supposed to be ten facts.
... Senyum lagi? Ingat kiut ke? Bye..
 

Thursday 15 September 2011

Kata Orang

Kata orang hidup ni mudah,
Tapi ramai orang, selalu mengeluh dalam hidup.

Kata orang, hidup ni susah.
Tapi ramai orang, tak kisah pun pasal hidup diorang.

Kata orang, jangan makan sambil berborak.
Tapi ramai orang, makan sambil mengumpat.

Kata orang, bercinta itu indah.
Tapi ramai gila orang, menangis kerana cinta.

Kata orang, nak tidur basuh kaki. kalau tak, dapat mimpi ngeri.
Tapi ade jugak orang, terus masuk tidur. Tak mandi.

Lagi best bila..

Kata orang, best buat blog. Boleh tulis macam-macam.
Tapi ramai orang, ada blog tapi tak update. (macam aku)

Selamat HARI MALAYSIA!

Tuesday 16 August 2011

Anda Couple?



Pertama sekali, aku mintak maaf awal-awal. Bukan apa, entri ini untuk pengajaran bersama. Andai ada yang terasa, jangan pulak marah-marah. Sekadar perkongsian untuk kita saling mengingati.

Antara perkara yang ber'manfaat' bila ber'couple' :

(merujuk kepada semua - termasuk aku)

1) Berseronok (dapat fitnah)...

2) Seronok lagi (dapat dosa)...

3) Beronok-ronok (dapat geng dengan syaitan)...

4) Dapat meluahkan segala masalah kita kepada boyfriend / girlfriend (ALLAH kan ada)

5) Banyak habiskan duit belanja boyfriend / girlfriend itu ini. Tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan..(lebih baik guna untuk bersedekah)

6) Selalu risau (takut BF/GF dikebas orang lain. Padahal dah berapa kali dah tinggal solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan BF/GF...kita sebagai muslim patutnya lebih banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)

8) Lebih mengutamakan BF/GF daripada orang lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja, yang lain dah tak kisah.)

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah. Solat fardhu 5 waktu lewat tak takut pulak)

10) Dan lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA.

Renung-renungkan... dan selamat beramal!

Wednesday 10 August 2011

Malu 3 - Insurans

Kelmarin aku pergi kedai motor. Objektif, renew insurans. Aku berjalan masuk ke dalam premis tersebut sambil membuka jaket gaya Zizan Raja Lawak masuk rumah dalam filem KL Gangster.

Seorang remaja perempuan bertanya, "Cari apa bang?". Aku jawab, "Nak renew insurans"..
"Sekejap bang" dia balas sambil tunjuk seorang wanita sedang bercakap telefon kat kaunter.

Beberapa minit kemudian.

Kaunter : "Abang nak renew insurans berapa ribu?"
Aku : "Berapa ribu boleh cover? First-party dengan third-party"
Kaunter : "Jap" (call orang lain, tanya detail insurans)
Aku : "Hmm, ok. Cepat sikit kak"
Kaunter : "Ok. First-party RM290 cover RM3000. Third-party RM134 cover RM2000"
Aku : "Damn! Aku ada RM120 je ni" bisik aku dalam hati. "Jap kak" aku keluarkan handpone.

Aku call ayah aku. "Teruja ku mengejarmu, bermimpi memilikimu.. tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia aaa..Biarkan ku terus berlari, cuba merajai mimpi.. Tiap bayangmu akan ku jejaki nanti.. Oohh.. oohh.."

Caller ringtone ayah aku lagu tema drama Juvana - Babak Pertama??. Panggilan tak berjawab. Dengan serius aku pandang kat akak tuh, aku cakap "Kejap kak, tak berjawab lak". Kemudian aku dail sekali lagi.

Dengan tiba-tiba, terdengar suara dari belakang.. "Kenapa alang?"

Aku paling ke belakang. Berdiri seorang lelaki berbadan sasa. Muka penuh tanda tanya. Tangan pula diseluk dalam poket seluar. Lalu mengeluarkan handpone untuk dimatikan.

Loorrr, ayah aku rupanya! 

Wanita kat kaunter dengan budak perempuan yang tegur aku tadi tersengih-sengih! Sebab masa aku call ayah aku tu, muka aku serius. Maklumlah, duit tak cukup nak bayar. Rupa-rupanya diorang dari tadi perhatikan aku.

Malu gila kot. Tak tau nak control macam mana dah!

Tuesday 9 August 2011

Ramadhan Al-Mubarak 1432H



"Nawaitu souma ghadin 'an ada'i fardhu shahri ramadhana hazihissanati lillahi ta'ala"

(Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu 
di bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala)

Alhamdulillah, hari ni hari ke-8 berpuasa. Macam mana puasa? Penat? Lapar? Mengantuk? Itu semua hanya dugaan kecil. Jika dibandingkan dengan apa yang kita nikmati sepanjang 11 bulan sebelum Ramadhan, memang banyak yang kita perlu korbankan dalam bulan Ramadhan.

Dan semestinya dugaan yang paling besar dalam bulan Ramadhan ialah jihad memerangi nafsu! Syaitan dah menggoda dan menghasut kita selama 11 bulan dan mereka sekarang bergembira dan bergelak ketawa melihat kita samada berjaya atau tidak untuk mengawal nafsu hasil godaan syaitan.

Nafsu ni banyak jenis. Dan kita selalu tak perasan, kadangkala apa yang kita buat tu sebenarnya tuntutan nafsu semata-mata. Kenapa kita tak perasan? Sebab kita dah biasa. Boleh dikatakan rutin harian kita.

Contoh : 

- Tak bangun solat subuh (syaitan dah didik lama dah)

- Pantang ada masalah je, mencarut (biasa sebut)

- Bila nampak kesalahan orang lain, mengumpat (tak lengkap hidup kalau tak bergosip)

- Ada awek berpakaian ala-ala cover DVD lucah, mata tu macam takde kelopak. terbukak luas je (rezeki katanya)

- Bawak kereta dalam jem, habis segala sumpah seranah keluar. 'Menurun' je belum lagi. Bila kena potong, hon volume paling tinggi. Siap repeat lagi. (tak boleh sabar, kejap lagi lauk kat bazaar habis)


Banyak lagi perkara yang kita lakukan seharian tu mengikut nafsu. Dalam bulan puasa ni, kalau tak mampu nak banyakkan amal ibadah sunat pun tak mengapa. Yang wajib itu adalah teras yang perlu kita utamakan.
Mengapa dikejar amalan sunat jikalau amalan yang wajib pun dengan mudah kita abaikan? Renungkanlah.

Alangkah baiknya kalau nafsu kita dapat dikawal dengan baik. Bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah mata, telinga, hidung, tangan dan kaki pun perlu berpuasa dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT. Dan jika kita berjaya menangkis segala kemahuan nafsu, InsyaAllah Ramadhan ini akan menjadi satu titik permulaan untuk kita membentuk akhlak yang mulia. Amin..

.....


Cara kebanyakan orang berpuasa zaman sekarang :-

1. Bangun sahur (alhamdulillah)
 
2. Lepas sahur tidur (tak solat Subuh)

3. Bangun tidur, mandi kemudian keluar rumah. Yang bekerja, gi opis. Yang student, gi kolej. Yang tak buat apa-apa, sambung tidur.

4. Masuk waktu Zohor, buat-buat tak dengar azan.

5. Masuk waktu Asar, bersiap-siap nak balik kerja. Sampai rumah penat, tak solat Asar.

6. Yang singgah kat bazaar, kalau bawak RM10.00, habis duit beli makanan.Siap berebut-rebut lagi.

7. Yang tidur dah bangun. Standby nak berbuka puasa.

8. "Allahu akbar, Allahu akbar!".. makan, makan, makan, kenyang!

9. Makanan (masak + beli) tak dihabiskan. Membazir.

10. Dah kenyang tinggal semuanya. Maghrib, Isya' rileks je langgar. Terawih toksah cakap la. Ada yang tidur, main games, online, tengok TV, keluar lepak dengan kawan, tengok wayang, dating sampai pagi buta pun ada!

11. Masuk tidur. Dah pagi, bangun sahur. Ulang dari atas sampai bawah. Amalkan setiap hari.

Adakah itu dianggap berpuasa dalam Islam?

Setiap amal kebaikan dalam bulan puasa ni, pahalanya berlipat kali ganda. Janganlah kita sia-siakan bulan Ramadhan kerana ia datang hanya sekali dalam setahun. Panjang umur, kita bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan. Jika ditakdirkan kita pergi sebelum sempat menemui Ramadhan, fikir-fikirkanlah..

p/s : Entri ini peringatan khusus untuk diri saya sendiri. Amnya untuk renungan kita bersama.



Monday 25 July 2011

Cabutan Bertuah Yang Kurang Bertuah

"Alaaaaaaa", "Tak best nyeee", "Alang, jom tukar hadiah dengan aku nak?"

Diatas adalah response yang diterima selepas budak-budak ofis berjaya menggondol voucher McDonald RM10 hasil cabutan bertuah sambungan Hari Keluarga yang lepas.  Kepada Ana & Enda, tangan mana korang buat cabutan bertuah tadi?

p/s : Orang ambil hadiah terus dapat tapi diorang kena berjalan ke McDonald dulu baru dapat. Tu yang mengeluh tu. Sabar la ye..  =)

Juara Banner Tercantik Jatuh Kepada..

Kampung PASIR BERDENGUNG!!

Ngam-ngam lepas aku pakai tali pinggang, keputusan diumumkan. Berlari-lari anak mendapatkan Dato' KPE. Dengan manis muka aku pandang kamera sambil berjabat tangan dengan Dato' KPE. "Tahniah", kata dato'.

Tak sangka dengan usaha dan pengorbanan selama 4 hari, banner kitorang berjaya menjuarai pertandingan banner tercantik. Berbaloi-baloi.. Bukan itu je, kampung kitorang juga tampil juara dalam acara Hantu Kak Limah & Game Misteri. Hebat-hebat penduduk kampung aku nih..

Yang penting, tak sia-sia kitorang turun hari-hari kat tingkat 7A. Tak sia-sia budak-budak tu menconteng tudung dan baju diorang. =) 


Kampung Pasir Berdengung.
Banner ekspres. Siap dalam masa 4 hari je!

Hasil kerja aku k.su k.farah ida k.puteri k.rusmini aifa enda nida norni k.gee k.farhanah ross k.lyn k.zura 
tu je nama-nama yang aku ingat. ada lagi yang lain tapi dah lupa. sorry!

Jom kita tengok banner kampung lain...


Kampung Parang Kontot




Kampung Pening Lalat


.
.
.
.
.
.
* harap maaf, saya tidak berjaya mendapatkan gambar banner Kampung Pinang Sebatang.
(aku tak sempat nak tangkap gambar banner diorang sebab time tu nama aku dipanggil oleh DJ,
nama aku naik sebagai pemenang cabutan bertuah)

Apa-apa pun, hari keluarga MQA tahun ni paling meriah! Tahniah KKMQA dan biro-biro yang lain!

p/s : balik rumah, badan gatal-gatal. semua gara-gara berbaring atas padang untuk Game Misteri. 




Wednesday 20 July 2011

Banner Oh Banner!

Sempena Hari Keluarga MQA yang bakal berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 23 Julai 2011,bertemakan Temasya Kampungku, setiap kampung (4 kampung) diberi tugas untuk membuat banner. Bermodalkan kain putih sepanjang 4 meter dan wang tunai RM 50.00, banner mesti siap dan dipasang pada hari temasya.

Tugas ni agak mencabar. Sebab? Sebabnya hanya tinggal 5 hari je untuk siapkan banner ni. Sepatutnya boleh siap awal malangnya ada sedikit masalah berikutan aku tiada di pejabat minggu lepas (SUKUM punya hal).

Hari Isnin baru masuk pejabat. Pening kepala tengok kerja atas meja dengan banner yang tak siap (belum buat apa-apa pun lagi). Selesema dari Melaka pun tak hilang lagi.

So kelam kabut la nak plan dari awal. Aku pun tak boleh nak bagi konsentrasi sepenuhnya sebab kerja minggu lepas kena diutamakan. Berbekalkan email Outlook sebagai platform untuk berbincang, kitorang tak putus-putus berbalas email untuk merancang semuanya supaya tugasan dapat disiapkan sebelum hari temasya berlangsung.

Itu belum masuk bab mintak senarai nama untuk acara sukaneka, email suruh ambil t-shirt dan email-email lain. Bertalu-talu email masuk. Berputar-putar otak aku nak karang email. Alhamdulillah, semuanya dapat diatasi dan diselesaikan dengan baik dan lancar.

Nasib baik ramai ahli kumpulan yang membantu. Bagi support dan komitmen untuk menjayakan tugasan ini. Terima kasih banyak kat korang semua!

So far dah 50% siap. Kalau dah complete nanti, aku upload gambar banner tu dalam blog ni.

Nota : rasa macam masuk zaman sekolah rendah je. main tekap-tekap lepas tu lukis. Dah siap, main kaler-kaler lak. Hahaha..
 

Update SUKUM 2011 : Pingat Perak!


 Dari kiri : Hj. Rahim, Bad, Jamal, Nazri, Azraf, Anuar, Yusof, HemoHemo, Hafiz dan Sabri
 

Tuah ayam nampak dikaki,
Tuah HemoHemo siapa yang tahu.
(maaf, ini poyo)  :)

Setelah sebulan lebih menjalani latihan di Alamanda, Mines, Kajang, Endah Parade dan MIBC,Ayer Keroh akhirnya aku berjaya memenangi pingat perak dalam acara Tenping Bowling Beregu Lelaki. Bersyukur gila sebab ni kali pertama aku dapat jadi wakil kementerian, kali pertama masuk SUKUM, tup tup dapat lak pingat perak! Walaupun bukan juara, tapi puas hati la dengan result naib juara.

Aku pernah tanya kat pengurus pasukan, "Sebelum ni KPT pernah menang bowling tak?". Dia (Hj. Rahim) jawab, "Ini kali pertama KPT bawa balik pingat. Tu yang saya hantar email kat warga KPT tu"

Aku terkesima.

Kalau dikira-kira balik, aku rasa partner aku (En. Nazri Noh) yang banyak menyumbang tenaga dan keringat untuk dapat pingat perak ni. Sebab dalam 6 game, 3 game dia buat lebih 200 jatuhan pin. Kalau tak silap aku 205, 210, 244. Aku buat satu game je, 258. Personal best record.

Tapi si juara tu memang bukan calang-calang orang. Siapa kenal Zul Fauzi (dari UNIMAP)? Dia ni pernah kalahkan Ester Cheah (bowler Malaysia) dalam Allstars Event - Final. Nasib baik tak lawan dia atas lane, kalau tak silap-silap aku langsung tak boleh perform malam tu.

Kalau nak diceritakan pengalaman sepanjang perlawanan tu memang banyak, tapi aku dapat rasa suasana baru yang lagi havoc berbanding sebelum-sebelum ni. Antaranya :
  1. Ramai penyokong menjerit & bersorak bagi sokongan moral. (Kadang-kadang boleh kena saiko)
  2. Berdepan dengan opponent yang bermacam ragam. (Ini lagi saiko)
  3. Sepasukan dengan orang yang aku baru kenal. Sebelum ni main dengan kawan-kawan ofis jek.
  4. Kondisi lane dengan  minyak (oiling) yang aku tak pernah main. Susah wooo nak baca lane.
  5. Format main 2 block (1 block main 3 game, lepas tu tukar lane untuk 2nd block)
  6. Senarai nama pemain, berapa score, lane mana, ranking bla bla bla.. semua terpampang kat whiteboard. Teruja! Sebab ada nama semua orang. So sibuk cari nama sendiri..  =)
  7.  Aku hampir mengalami demam selesema kat sana
  8. Dan lain-lain lagi... Apa-apa pun mental kena kuat bro! ( Ini siriyess ~ )
Tak kisah la, yang penting aku dah dapat pengalaman baru dan part yang paling best aku dah ada pencapaian terbaik setakat ni. Sebelum ni pun naib juara je kat Friendly Bowling Tournament Creative Solution vs Panasonic. Yang tu main step-ladder.

p/s : aku menghabiskan 6 games kesemuanya dalam kategori Singles pada hari pertama untuk baca lane je! Semua dot dan board aku try. Target pun berubah-ubah. Alhamdulillah, akhirnya jumpa. So next day (Doubles) boleh la perform. Hohoho.

p/s kedua : SUKUM bukanlah satu event biasa malah event besar yang diadakan setiap tahun. Lebih kurang macam Sukan Badan Berkanun dan MAKSWIP (Wilayah). SUKUM tahun depan maybe buat di UUM, Kedah. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku terbang ke utara pulak.  =)

Wednesday 6 July 2011

Cuti-cuti Blog

Sepi gila blog ni!

Memandangkan tuan empunya blog, En. Hemo Hemo sedang sibuk menjalani latihan boling dari hari Jumaat yang lalu sehinggalah ke hari ini, maka blog ini pun dibiarkan gantung tak bertali. Kesian.

Dan, En. Hemo Hemo akan berada di Melaka untuk menyertai SUKUM (bukan SUKOM) yang ke-36 selama 10 hari dari 08 Julai 2011 - 17 Julai 2011. Bermula pada hari Jumaat ini, sekali lagi blog ini akan menyepi seperti selalu. Kesian untuk kali kedua.

Oleh hal yang demikian, blog ini diisytiharkan cuti sehinggalah En. Hemo Hemo berminat untuk menyambung penulisan beliau di blog ini.

Sekian, doakan beliau berjaya ye! Terima kasih daun keladi..

p/s : Penat gila training. Apa itu SUKUM? Sila rajinkan diri anda untuk menggunakan laman google 'search' sebab aku pun tahu setakat Sukan Universiti je.

Babai!

Friday 1 July 2011

Handphone Baru

Ingin saya menegaskan disini (walaupun tak tegas pun sebenarnya), hari ini saya menggunakan handphone baru tetapi model lama. Oleh kerana handphone Sony Ericsson w910i kesayangan saya mengalami kerosakan yang kritikal, maka saya tidak berjaya untuk mendapatkan contact number kalian semua.

Sekarang ni satu nombor pun tiada dalam phonebook. Lagipun aku ni jenis orang yang agak pelupa. So kalau aku reply SMS korang dengan soalan "Siapa ni?", jangan lah melenting atau fikir aku lupa kawan pulak. Kalau panggilan telefon tu mungkin aku boleh cam suara korang, so soalan "siapa ni?" tu tak terpacul dari mulut aku kot.

Mintak maaf awal-awal k?

Terima kasih kerana memahami saya. Sekian, terim kasih sekali lagi.

Ok. Mari bekerja semua!

Thursday 30 June 2011

Selamat Hari Lahir Yang Ke-25!


"Happy birthday" .. "Selamat hari lahir" .. "selamat hari tua" .. "happy bornday"..  "BH Fitri" .. "S H J"

Berbagai jenis ucapan aku terima. Wall Facebook aku penuh dengan wishes. Terkini, seramai 59 orang kawan (yang memang real friends) post 'happy birthday' wishes dalam masa kurang 24 jam! Terharunya!!

Kalau boleh peluk, memang aku peluk korang semua. Malangnya, tindakan itu bakal mencetuskan kontroversi. Thanks a lot! I love u all, my dear friends!

nota 1 : Selama 25 tahun aku hidup, ini kali pertama aku dapat wish happy birthday banyak macam hari ini. Sorry sebab excited sangat. Keh3...

Yeaaa, benar! Hari ini genap usia aku 25 tahun. Sudah tiba masanya untuk aku melangkah ke alam dewasa (bajet sebelum ni remaja kot). Tapi bukan aku seorang je yang meraikan hari jadi pada hari ini. Ada 5 orang kawan aku yang sama tarikh lahir dengan aku. Boleh kata kembar jugak la.

Wan Muhammad Syafiq, Muhammad Fitri Yusof, Ibnu Ayus Musa, Charmito Carito dan Meri Sparrow. (nama seperti di Facebook). Happy birthday to korang semua!

nota 2 : memang best bila ramai kawan yang tarikh lahir sama dengan kita.

Walau apa pun, yang penting terima kasih kepada abang-abang, adik-adik, kakak-kakak, rakan-rakan, ibu-ibu, bapa-bapa, anak dara, anak teruna, jiran-jiran, makcik, pakcik dan juga bos yang telah menghadiahkan saya ucapan "Happy Birthday" ..  walaupun sekadar tulisan di Facebook ataupun direct-speech, saya sangat menghargainya. Kalian semua memang BEST BRO!

nota 3 : Hari ini rasa happy gila kot! Tak tahu lah kenapa, tapi memang happy gila .. =)

mood : cool. practice menjadi seorang yang matang.

Waaaahhh.. happy-nya! Rasa macam nak menari tanpa seurat benang je akibat seronok yang melampau! 

Ok, maaf. Ini over.  :-(

Wednesday 29 June 2011

Syiling

Syiling 1

Ana : "Alang, ada syiling tak?" (alang : panggilan paling kacak untuk aku)

Aku : "Ada!"

Ana : "Mana?" (sambil berjalan menuju ke printer)

Aku : "Ko pandang kat atas. Nanti ko jumpa la syiling (ceiling)"

Ana : @#$$%^&*@#$#(*&$^$

3 minit kemudian ...

Syiling 2

Kedua-dua belah tapak tangan digenggam erat. Dihulurkan kepada aku dan..

Ana : "Alang, mana syiling?" (disuruh teka tangan yang mana satu ada syiling)

Aku : "Dua-dua takde syiling. Tau dah" (dulu pernah terkena)

Ana : "Alaa.. Hm, Lang, aku suka main-mainkan adik aku cam ni. Kesian dia.. Hihihi.."

Aku : "Erm.. tapi aku bukan adik ko Na.."

Ana :  #$%#$%^&*&@%*^


mood : pandang Ana dengan muka jenis orang tak pernah buat salah.  (@.@)?

Tuesday 28 June 2011

Tukar Kerja

Alhamdulillah, kita masih diberi nafas oleh-NYA untuk meneruskan kehidupan. Setiap pemberian daripada-NYA merupakan satu anugerah dan kita harus bersyukur sebagai tanda terima kasih kepada Yang Maha Esa.

Aku bukan ahli falsafah yang mampu memberi motivasi kepada mereka yang mengimpikan kejayaan, juga bukan ahli agama yang dapat meleburkan hati mereka yang keras dek budaya hidup zaman moden.

Aku cuma seorang lelaki yang telah hilang semangat dalam kerjaya. Kelakar bukan?

Aku sendiri tidak tahu apakah faktor yang membuatkan kemanisan bekerja itu hilang. Mungkin persekitaran tempat bekerja yang tidak menyeronokkan? Atau mungkin jiwa yang tidak tenteram? Terlalu banyak kemungkinan.


"Apa yang tak kena? Bosan dengan kerja?", ayat dari segelintir pembaca, mungkin. Setiap kali melangkah masuk pintu pejabat, jiwa aku kosong. Semangat bekerja itu tiba-tiba hilang!

Biarpun situasi sebegitu berterusan dari hari ke hari, namun kerja tetap kerja. Walaupun kadangkala terasa wujud ketidakikhlasan di hati dalam mengerjakan amanah, tapi apakan daya. Manusia tidak pernah sempurna.

Benak fikiran ini berkali-kali memutarkan soalan yang sama. "Apa kepentingan aku dalam organisasi ni?"
Ya, jika dilihat dari mata kasar tiada sebarang impak yang bertapak dalam organisasi ini. Jangankan selama-lamanya, sementara pun tidak mungkin.

Ramai orang BOLEH menuding jari kearah aku lalu melafazkan baris-baris ayat seperti "Sebab orang macam kau la kita tak boleh maju!", "Kalau tak menyusahkan orang lain, tak boleh ke?", "Memang aku datang ofis untuk buat kerja kau" dan lain-lain lagi.

Aku tidak pernah kesah orang lain lebih hebat daripada aku. Lebih rajin. Lebih kreatif. Lebih segala-galanya. Sekurang-kurangnya aku tidak pernah membangkang setiap apa idea yang mereka utarakan, setiap hukum-hakam baru yang mereka bahaskan. Aku turutkan. Sekalipun ianya tidak mengubah apa-apa, tetapi hanya memberi kegembiraan kepada mereka yang berjaya menguasai pendirian orang lain.

Kalau dulu aku boleh ketawa dalam bekerja, tapi kini tidak lagi. Kalau dulu aku suka bergurau ketika sedang bekerja, kini tidak lagi. Apa yang mereka nampak hanyalah gelak tawa dan gurauan yang sama tetapi ia lahir dari hati dan jiwa yang berpura-pura menikmati keseronokan bekerja.

Aku tidak membenci kerja. "Habis tu kenapa buat kerja lambat?". "Kenapa datang lambat?". "Kenapa tak perform?". Jawapan aku, "pernah tak korang dihidangkan KFC kegemaran korang, tapi bila disuapkan ke dalam mulut tiba-tiba KFC tu rasa tak best langsung?! Dan KFC tu korang tinggalkan begitu saja..."

Contoh lain "pernah tak korang nak jumpa orang yang tersayang tetapi ketika dalam perjalanan, perasaan teruja itu lenyap dan setibanya korang di tempat yang dijanjikan, hari yang sepatutnya bahagia tak seperti yang dijangka?"

Aku tak salahkan sesiapa. Mungkin ada hikmah disebalik situasi ini. Aku bersyukur kerana jika dibandingkan dengan masyarakat diluar sana, aku lebih bertuah. Ramai yang tidak bernasib baik, menganggur dan diberhentikan kerja.

Pada pandangan aku, golongan yang tidak berpuas hati lebih ramai daripada yang menghargai. Dan lebih menyedihkan, setiap bidang tugas yang dilaksanakan itu, lebih menjurus kepada terpaksa sedangkan ianya satu ibadah. Kenapa mesti aku teruskan, kalau keadaannya tidak menyenangkan?

p/s : Manusia tidak pernah sempurna, tetapi manusia jugalah yang menganggap dirinya itu sempurna.

Thursday 23 June 2011

Quote 3

 ...
...
"Whatever you give a woman, she's going to multiply.
If you give her sperm, she'll give you a baby.
 If you give her a house, she'll give you a home.
If you give her groceries, she'll give you a meal.
 If you give her a smile, she'll give you her heart.
She multiplies and enlarges what is given to her.  
So - if you give her any crap, you will receive a ton of shit."
...
...

Mesra. Cepat. Betul.

bukan tagline polis, tapi rumusan untuk kenyataan di atas.


Tuesday 21 June 2011

Malang Sebelum Gaji

Hari ni malang lagi. Biasalah, lagi 2 hari nak dapat gaji, ada saja masalah. Tapi yang peliknya, mesti terjadi kat motor aku. Nak kata aku tak jaga, memang betul pun. Takkan sampai plug motor pun aku nak kena check hari-hari? Satu penipuan kalau aku kata aku jaga.

Pagi ni aku lambat masuk ofis. Sebab motor tak boleh nak start.Cantek!! Perkara yang aku paling rimas nak buat, tolak motor di waktu pagi dengan berpakaian formal. Ingat cool ke?

5 minit tolak, tersepak lubang.10 minit, kena hon dari belakang. 15 minit, tangan dah lenguh. Sampai je kat bengkel motor, tutup! Intai jam dekat tangan, baru pukul 8.00 pagi? Ceiitt!

Tiba-tiba aku terpandang seorang mamak handsome tengah tebar roti canai, betul-betul selang 3 kedai dari bengkel motor ni. Tertarik dengan penampilan beliau, aku terus singgah untuk bersarapan pagi sementara menunggu bengkel motor ni beroperasi. Sah! Mamak tu sangat bergaya dan penuh aksi ketika menebar roti.

Berbekalkan teh o ais dengan nasi lemak 1Malaysia, aku duduk lepak hampir satu jam lamanya.

Jam 9.00 pagi bengkel motor dibuka. Aku terus bayar. Motor aku yang dah sedia parking depan bengkel, aku tolak naik atas.

"Bla bla bla... bla bla..oh, yeke? Mana-mana? Kejap.. bla bla bla...", aku sembang dengan pomen.

5 minit, siap! Laju betul dia buat kerja.

"13 ringgit bang", sambil menghulurkan tangan.

Aku bayar. Start enjin motor. Aku tinggalkan pomen dan besi-besi permainannya, memecut laju menuju ke ofis. Macam biasa, 120 km/j kelajuan statik.

p/s : Kepala plug je yang rosak. Tukar spark plug baru. Sebab kepala plug la kepala lutut aku nak tercabut! Bengong punya tenggiling.

Sunday 19 June 2011

Malu 2


Suatu petang di Rotiboy, WangsaWalk Mall.

Sinopsis : Baru lepas beli tiket KL Gangster. Masa menunggu ada lebih kurang 30 minit, jadi aku berjalan mendapatkan roti feveret aku, Roti Budak Lelaki.

Cashier : "Selamat datang. Order bang?" (sopan gila awek nih)

Aku : "Bagi Cold Combo satu."

Cashier : "Rotiboy Original ke?

Aku : "A`ah. Original dengan teh tarik"

Cashier : "Cold Combo kan bang?"

Aku : "Yup!", sambil senyum lebar. Eksaited gila.

Cashier : "Kalau Cold, teh ais bang".

Aku : "Eh, bukan teh tarik ke?"

Cashier : "Cold sejuk bang. Kalau teh tarik, Hot Combo. Hehehe.."

Aku : "Ooo.. betul la tu. Teh ais. Sorry.."

Cashier : "Ok. 5 ringgit bang. Terima kasih. Hehe.."

Masa dia isi teh ais dalam cup, aku nampak dia senyum tahan gelak. Malu siot!

Kemudian dia pun menghulurkan rotiboy bersama teh ais sambil menghadiahkan senyuman yang paling ikhlas.

Dia sempat geleng-geleng kepala sambil senyum. Dah malu, nak tunggu apa lagi?

Cepat-cepat aku blah dari situ.

Moral : Jangan ada perasaan excited bila nak order apa-apa.

Saturday 18 June 2011

[ Video] Kucing Oh Kucing

Anda ada seekor kucing? Sangat lincah dan bijak? Jom kita layan 3 video dibawah.

- kucing aku sama macam dalam video ni. kucing korang pulak? -

Amaran : video ini sangat comel!

Video 1 : Seekor kucing sedang kelaparan. Dia nak masuk rumah tuan dia tapi berkunci.
So macam mana dia nak masuk?




Video 2 : Seekor kucing sedang berusaha menangkap lalat.


 



Video 3 : Kucing yang masih kelaparan. Cuba menarik perhatian tuannya. Serius, macam kucing real!




Amacam? Sama kan? Kah kah kah ...

Nak Simon's Cat lagi?  Jom kita bergelak ketawa beramai-ramai di : 

p/s : lagi best daripada video Cikgu Shida dan Ah ah.. Ahmad, nyanyian Arrora Salwa.


Friday 17 June 2011

iPhone ke Sony Xperia X10?


 
Semakin hari semakin bengang.
Handphone yang selama ini aku sayang, aku belai, aku tatang bagai minyak yang penuh, sudah berani mencuba untuk memanipulasi ketulusan hati aku ni.

Bagaimana handphone boleh mengubah personaliti anda? Jom kita selongkar ...

Kes pertama - Skrin pecah dan ribbon putus. (handphone slide memang selalu ada problem dengan ribbon)

Kes kedua - Keypad tidak berfungsi. Selalu 'hang' dan kemudiannya 'auto-restart'. Tengah berborak pun dia boleh restart. Kepala otak-otak kempas betul!

Kes ketiga - Bateri yang menakjubkan. Hanya perlu cas beberapa minit untuk mendapatkan full-charge. Tapi lepas tu, berborak selama 4-5 minit. Tengok skrin, bateri sudah merah. (nasib baik takde anjing lalu. kalau tak, lebam anjing tu aku baling dengan phone ni)

Kes keempat - Sape call aku, dia akan terasa pekak sementara waktu. Korang tak boleh dengar apa-apa daripada aku. Bangang betul phone ni.

Hanya kes pertama sahaja yang dapat diselesaikan dengan menderma sebanyak RM 85.00 kepada abang Bangla booth depan kedai buah.
Good bye w910i !

Kes kedua dan seterusnya masih berterusan sehingga ke hari ini.

* pagi tadi dah ok. caller dapat dengar. tapi sekarang, rosak balik.
damn u Sony w910i !! *

Gua dah tak boleh sabar lagi ni.
Mana lagi best? Xperia X10 ke, iPhone 4?

Kerana Legging, RON95 Aku...


... tertumpah!

"Argghhh! Ni semua salah kau! Menyesal betul aku tengok kau tadi!" jerit aku dalam hati.

Aku terpandang seorang wanita berkaca mata hitam. Baju t-shirt loose. Seluar legging. Tapi aku tak tahu la legging ke bukan sebab dah macam stokin pun ada. Jarang sampai nampak kulit. Tapi macam seluar. Entah la.

Tapi aku tak puas hati dengan dia. Disebabkan dia, aku dah tertumpahkan minyak motor RON95. Nasib baik yang tumpah tu sikit. Sikit-sikit pun, mahal kot.

Aku tak kira, aku tak salah. Orang yang tak kuat iman macam aku ni memang susah nak mengelak situasi macam ni. Memang salah dia, sebab kalau dia tak berpakaian macam tu dan tak lalu depan aku, RON95 tu dengan ikhlas masuk penuh dalam tangki motor aku.

Lepas ni kalau aku nampak lagi pompuan berpakaian macam tu, aku nak suruh dia tolong isikan minyak dalam tangki motor aku. Baru padan muka dia.


p/s : padah tengok pompuan seksi. aku just nak check, itu legging ke stokin?  =(

Thursday 16 June 2011

Congratulations Hafeez!

Makin panas berita pasal Dragon Force dengan Anonymous nih. Memang takkan habis selagi kerajaan tak unblock 10 web filesharing tu. Harap-harap yang tak berkaitan dengan isu ni tak kena hack sama. Aku pun tak nak update pasal diorang ni dah. (Panas gila kot)

Berbalik kepada tajuk di atas, aku nak ucapkan tahniah kepada opismate aku Hafeez kerana telah dikurniakan cahaya mata yang kedua semalam. Baby boy lagi. Dah ada 2 hero dah. Tahniah bro!

Aku masih menunggu gambar baby baru. Yang sulung tu comel gila. Kalau tak comel, bukan baby namanya. Haha.. tapi memang siyes comel. Putera kedua ni pun mesti comel punya lah.

p/s : sedangkan aku ketika bayi pun comel. sedara-mara aku panggil aku Oshin waktu aku kecik-kecik dulu. Peace! =)

Dragon Force : Hackers Malaysia


Menarik! Terbaik! Awesomeness!
Hey Admin..
DragonForce Was Here
Shocked huh?
No worry..
More are coming soon…
Respect us! We inject the code.. We change your systems.. We crack your passwords.. We abuse your network..
Not because we hate.. But because we LIKE! Enjoy?

Nak tahu lebih lanjut pasal DF? Jom kita usha..



Diorang ni memang best la. Aku suka gila. 
Kalau tengok kat blog diorang, macam senang je nak hack mana-mana website.

Official FB diorang dah femes. Tak percaya?
Korang tengok lah sendiri sambil tekan butang F5 setiap 2 minit.

credit to : RileksCrew. (korang memang best)

berita hari ini di Kosmo! : Klik sini untuk bergelak ketawa

Tak Pasal-Pasal

Mohon perhatian! Kepada pemandu-pemandu pacuan empat roda sekalian, tolong jangan memandu seperti tiada jenis kenderaan lain diatas jalanraya. Sebagai penunggang pacuan dua roda, disini saya ingin menegaskan dua (2) perkara iaitu :

  1. Boleh tak korang memandu seperti itik pulang petang? Kenapa perlu curi ayam di lorong masuk yang muat untuk sebijik kereta sahaja? Kami penunggang motorsikal sangat memohon jasabaik datuk-datuk, datin-datin, dan mereka-mereka yang memandu perodua Kancil mahupun Myvi tetapi berlagak seperti memandu ambulans, kereta polis atau bomba supaya sentiasa memberi ruang kepada kami.
          Bukan mintak ruang seluas 1 ekar pun. Kalau ada kecemasan sekalipun, pandang-pandang la side
          mirror kereta korang tuh. Waktu ujian memandu dengan JPJ, pandai pulak tengok side-mirror. Siap
          betul-betulkan lagi. Nak je disuapkan crocs kat dalam mulut korang.

Update : Lagi Website Kerajaan Digodam!


Mesej yang ditinggalkan penggodam di homepage website Gengblogger.

Gengblogger dan beberapa web kerajaan telah berjaya digodam oleh Anonymous! Walaubagaimanapun, penggodam Gengblogger menafikan beliau terlibat dengan Anonymous.

" dont focus on popular blogger only. promote them too icon smile Gengblogger.com dan beberapa web kerajaan digodam listblog
Im not anonymous. Im adam oscar dimarco
I’ve been here before. Remember Me? "

Gempar! Website Kerajaan Bakal Di-Hack!


Gempar satu Malaysia tentang perkara ini. Para hackers yang menggelarkan diri mereka sebagai "Anonymous" ini akan menyerang portal web kerajaan pada hari Khamis jam 3.30 pagi. Portal kerajaan tersebut ialah http://www.malaysia.gov.my. dan operasi ini dinamakan "Operation Malaysia".

Anonymous, sebuah pertubuhan hactivist terbesar dunia telah melancarkan serangan siber (hacking) berprofil tinggi ke atas beberapa laman web luar, termasuk Playstation Networks (PSN) baru-baru ini.

Sasaran seterusnya dikatakan portal kerajaan Malaysia adalah kerana rasa tidakpuas hati berikutan tindakan "censorship" dan "blocking" beberapa website seperti ThePirateBay dan Wikileaks.

Wednesday 15 June 2011

Game Artis di Facebook!


Kini artis juga mempunyai game sendiri di Facebook. 

Siapa lagi kalau bukan jodoh aku merangkap gadis pilihan mak ayah aku, Lisa Surihani!

Nama game dia Shopper Rush dan Lisa merupakan artis pertama yang ada game sendiri di Facebook. 

Tahniah my girl. Awak bertuah!







" Alhamdulillah syukur, Lisa adalah artis pertama yg mempunyai game interaktif di Facebook. Terima Kasih pd Sofy. Give it a shot, try it. It is not as easy as it looks. Pemenang game dpt beraya bersama saya nanti di "Rumah Terbuka Sofy bersama Lisa Surihani" - dari laman Facebook Lisa Surihani.
nota : game shopping ni sesuai untuk kaum Hawa je.

Kalau ada kaum Adam yang main, mesti dia sangat fanatik dengan Lisa.

nota lagi : aku tak main pun.




Monday 13 June 2011

Karangan Paling Epic Dalam Sejarah! [18SX]


Gila ah! Siap ukur 120 darjah! Nasib baik nenek dia ada. Hobi tu bukan satu senaman yang sihat pun. Nak jujur pun biar bertempat ye dik. Takut adik-adik yang lain ikut hobi baru tu.

p/s : kalau tak tahu OIO tu apa, boleh suruh abang, laki atau boyfren korang baca dan translate kat korang. Ngeh ngeh ngeh..

Selamat Pengantin Baru Fairuz & Caca

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Fairuz dan Hanisah (Caca). Majlis perkahwinan di PULAPOL semalam memang meriah. Ada orang main rebana ubi dengan caklempong (main ketuk-ketuk tu, aku pun tak sure haha).

Tapi aku datang lambat. Dalam pukul 1.00 kot. Pengantin tengah makan beradab. Yang penting datang, lambat pun takpe. Part yang paling terbaik, atas setiap meja makan ada frame gambar pasangan pengantin! Gambar pre-wedding. Makan sambil tengok muka Fairuz & Caca. Nak tengok kat atas pelamin, jauh. Tak nampak. Tengok kat frame pun ok ape.

Friday 10 June 2011

Drama Bersiri TV3 : Juvana


Aku memang susah nak melekat depan TV. Apatah lagi drama bersiri, harus diikuti setiap minggu. Walaupun cerita tu meletup 1-2 juta penonton sekalipun, aku tak tergerak hati nak tengok. Daripada drama Nur Kasih, Adamaya (walaupun ada Lisa Surihani) sehingga yang terkini Nora Elena, aku tak tengok. Sebab aku lebih suka menghabiskan masa dengan bowling, games & internet.

Macam mana aku boleh layan Juvana? Alkisah, awek aku ada kawan. Schoolmate. Nama dia Shera Aiyob (heroin filem Karak). Dia baru je bertunang dengan Zahiril Adzim (hero drama Juvana). So awek aku ni rekemen kat aku suruh tengok drama Juvana ni. Macam biasa lah, aku malas nak follow tiap-tiap minggu.

Tapi semalam, tiba-tiba tergerak hati nak tengok Zahiril ni berlakon. Sebab aku dah tengok filem KARAK. Lakonan Shera tu quite nice. Not bad la walaupun kali pertama berlakon. Tidak kayu. Karakter tu hidup. Cuma hero la nampak kurang menyerlah. Kilafairy tu pun, boleh la. Kepada yang belum menonton filem Karak ni, untuk kaum wanita jangan lupa bawa shawl atau sebarang objek yang boleh tutup mata korang. Seram tak seram, ada jugak orang nak lari keluar panggung!

Siot, menyimpang dari topik! Ok, aku buka laman Youtube, terjumpa pulak yang full version. Selalu kat Youtube uploader pecah-pecahkan ikut part. Satu part 10 minitn kan? Tapi ni full 30 minit lebih lepas tolak iklan. Nak tengok dekat tonton.com.my malas pulak nak buat akaun.

Malu

Tarikh : Hari ni.
Masa : 8.25 pagi.
Lokasi : Dalam lif.

Pagi tadi lepas punch-in kat tingkat 1, aku masuk lif naik ke tingkat 14 (floor aku). Sementara nak tunggu sampai tingkat 14, ada mesej masuk. Dalam hati aku "Ni mesti Enda mesej nak kirim teh tarik". Pemilik Blog Aku Bukan Blog Ilmu ni sorang je yang rajin mesej aku pagi-pagi kalau dia tak sempat tapau teh tarik.

Aku seluk poket. Keluarkan handphone. Ada seorang makcik berdiri depan aku turut sama keluarkan handphone. Aku unlock phone, paparan skrin kosong! Siot..


Aku tengok makcik depan aku laju je taip SMS. Orang lain kat dalam lif tu pandang-pandang aku. Makcik tu sambil menaip pun tengok aku dengan muka pelik. Nak cover malu punya pasal, aku buat-buat dail nombor. Call awek aku. Setel.

p/s : aku tau aku femes, tapi tak sangka pulak message ringtone pun ko nak tiru aku. kelaut kelaut ~

Logic Thinker. Awesome!


Imej yang tertera di bawah ini adalah sebuah komik yang semestinya menarik untuk dibaca. Ada unsur pembelajaran tentang logik akal dan juga unsur komedi yang mampu menandingi Amir Maharaja Lawak. Walaupun dia Captain Amirika, tapi dia takkan mampu membuat lawak amerika seperti di bawah ini.


Thursday 9 June 2011

Balik Kerja


Situasi 1 : 

Tengah feel bawak motor sambil menyanyikan lagu Kasihnya Laila, diiringi muzik yang dihasilkan oleh jari-jemari dan suara yang kelaut, tiba-tiba aku ternampak sekumpulan lelaki dekat divider jalan. Aku pun perlahankan suara. Takut diorang terkejut Hazama datang. 

Aku susur kat tepi, nampak polis dengan kuda putih. Kat celah-celah orang ramai tu, aku nampak ada sorang mamat terbaring. Dekat tepi dia motor LC 135 dah terbalik. Eksiden rupanya..Teruk jugak la mamat tu.

Aku sambung perjalanan dengan alunan lagu Maher Zain. Insaf insaf ..


Situasi 2 : 

Lagi dua lorong nak sampai rumah aku, nampak lagi orang berkumpul. Confirm eksiden lagi la nih.
Aku rapatkan motor ke tempat kejadian. Aku nampak ada cahaya spotlight. Kenapa ada spotlight pulak ni? Jemmmm, aku tertipu! Ada shooting la pulak. Krew-krew tengah pasang lampu. Tapi tak nampak pulak pelakon-nya. Ni mesti kes pelakon tak berdisiplin ni. 

Tapi kalau lah ada Lisa Surihani, tak pun Juliana Evans ke sanggup aku bawak bantal dengan toto berkampung kat tepi set tu! Sweater dengan ubat nyamuk tu akan dipertimbangkan.

Assalamualaikum! Alang dah balik ...

p/s : aku nak tido. penat menyanyi.


Wednesday 8 June 2011

Tips Cemerlang Dalam Peperiksaan

Lepas aku habis menduduki exam BITK tadi, baru aku sedar yang ada beberapa tips yang mudah untuk lulus dengan penuh gaya dan senyuman.

Tips ini hanya terpakai untuk soalan objektif sahaja. Bagi soalan esei, tips ini tidak digalakkan sama sekali.

Pertama - Jangan bawa kalkulator. Kira je manual conteng panjang lebar lepas tu korang takkan dapat jawapan yang tepat. Rujuk pilihan jawapan, pilih jawapan yang terdekat sebagai jawapan yang muktamad.

Kedua - Jangan bawa pemadam. Ini penting sebab bila korang takde pemadam, pastinya korang akan berusaha untuk mencari jawapan yang tepat. Betul?  Hal ini akan membuatkan korang lebih berhati-hati daripada melakukan kesilapan. Kertas OMR korang mesti cantik tanpa sebarang kesan padam.

Ketiga - Gunakan pensil HB. Bukan 2B atau BB. Tahukah korang bila korang lorekkan kertas OMR dengan pensil 2B/BB, korang akan lorek secara santai? Sebab karbon dia pekat. Perkara ini akan membuatkan korang rasa kurang yakin berbanding melorekkan jawapan dengan menggunakan pensil HB. Bila karbon cair, korang lorek dengan kuat dan penuh yakin.

Sekian saja tips dari aku.

Selamat mencuba dan ... selamat gagal semua!

p/s : 3 tips kat atas ni baru je aku buat tadi sebab langsung tak prepare untuk exam. Semua tinggal kat ofis. Hancur..

Tuesday 7 June 2011

Bahu Oh Bahu!

Bahu aku sakit. Pada mulanya sakit sebab menggalas beg yang berisi bola bowling, kasut dan aksesori lain ketika membonceng motor kawan aku dari Ipoh sampai ke Tanjung Rambutan.

Sakit tu bukan sekejap. Lama gila. Terasa senget sebelah je bahu aku ni. Nak tidur pun tak boleh mengiring. Nasib baik la balik KL naik kereta. Kalau naik motor jugak, memang aku tak balik KL la.

Sampai KL, aku seronok. Boleh berehat puas-puas! Tapi malang tak berbau . . .

Pagi Isnin, kaki aku terpelecok dek bedak atas lantai yang telah dihidangkan oleh abang aku. (Dia kalau sapu bedak kat badan memang sambung ke lantai berjurai-jurai). 

"Arghhhh!" aku jerit marah kat abang aku. Tapi dia dah keluar. Bengong.

Masa aku jatuh, landing bahu kanan. Bangun je bahu aku rasa kebas. 
Mula-mula tu memang bahu je, lama-lama satu tangan rasa kebas.

Aku sapu minyak gamat, urut sikit-sikit. 10 minit, kebas lagi. 20 minit, masih kebas. 
Aku mengeluh panjang.

Aku cerita kat mak aku dari Alif sampai Ya. Mak aku tersengih sambil keluarkan satu statement yang harus di-'like'. "Pandai betul sapu minyak gamat. Kalau luka takpe jugak. Ni terseliuh, 2 minggu pun takkan elok tangan tu"


Terus mak aku capai losyen Mustajab, sapu kat bahu aku. Sementara tu taip mesej, "Saya mohon EL untuk hari ni. bahu saya terseliuh". Send to Nizam.

Mak aku urut. Hampir satu jam jugak. Petang sambung urut lagi.


mood : TQ mak & Sorry Nizam kena cover kerja aku.

Popeyes Short Seposen!


Semalam aku gi Wangsa Walk Mall. Macam biasa aktiviti kat sana, tengok wayang. Lepas je beli tiket Kung fu Panda 2, kitorang jalan-jalan cari makan. Nak makan berat dah tak sempat, so cari makanan ringan je la.

Awek aku nak makan fries, tapi dah bosan makan fries McDonald. So singgah dekat Popeyes. Aku pun tak tahu yang Popeyes pun ada jual fries.

Aku order Cajun Fries, regular berharga RM 2.90. Abang tu kira, total RM 3.10 termasuk caj-caj lain. Dengan konfiden aku keluarkan RM 3.00 dan menghulurkan kepada cashier tersebut.

Aku tanya awek aku, "Ada seposen tak?". "Takde syiling la" balas awek aku.

Setulus hati aku cakap kat cashier tu, "Bang, takde duit kecik la".

Cashier tu pandang aku, aku pandang awek aku. Awek aku lak selongkar beg, tak tahu lah apa yang dia cari. Aku toleh kat cashier tu, dia tengah bungkuskan fries. Dah siap bungkus, dia pun letak atas meja sambil menghulurkan resit.

Aku ambil fries dan berlalu pergi.

Sampai kat luar Popeyes tu, naik eskalator sambil memikir-mikir macam ada benda yang tak kena. Tengah-tengah eskalator tu baru aku teringat yang aku belum bayar lagi seposen! Patut la cashier tu pandang-pandang aku tadi. Tapi pelik, kenapa dia tak mintak je? Tanpa rasa bersalah aku seluk plastik berisi fries tu, terus kunyah sebatang. Nak turun balik, tapi masa dah time.


Kepada cashier yang baik hati, halalkan la ye seposen tu. Betul-betul tak perasan. Short seposen je, bos tak marah kot. Kalau dia marah, nanti saya datang bayar yang seposen semalam.



p/s : Tekak aku cakap, Fries Popeyes lagi sedap daripada fries McDonald.

Friday 27 May 2011

Terima Kasih Wan!

Dengan manis muka menuju ke ruang kerja dan setibanya aku di meja, anak mata aku terpandang segulung kain berwarna merah pekat bersantai tanpa rasa bersalah di tepi keyboard.

Berbekalkan keberanian yang maksimum, aku mendapatkan kain tersebut seterusnya membuka gulungan itu tanpa rasa was-was. Rupa-rupanya ...



Pada mulanya aku langsung tak tahu dari mana datangya baju ni. Sehinggalah aku bertanyakan kepada Ana, kerana dari raut wajahnya terpampang jawapan disebalik kemunculan baju ini. Dan firasat aku memang tepat!

Aku : "Na, siapa yang bagi baju ni?"
Ana : "Wan Fariq. Tadi dia letak kat atas meja kau masa kau turun bawah tadi"
Aku  : "Ok. Thanks!" sambil tersenyum tanda gembira dapat baju free.

p/s : aku baru teringat yang Wan sekeluarga bercuti ke Vietnam minggu lepas. Tapi bukan aku seorang je yang dapat. Team bowling dengan kawan-kawan rapat dia pun dapat jugak. TENKIU WAN!

Wednesday 25 May 2011

KLIUC Bowling Tournament for Charity

Beberapa minggu yang lepas, Faiz selaku pengerusi Biro Sukan datang ke tingkat aku dengan satu berita gembira. "Weh Be (Sabri), KLIUC invite MQA untuk join bowling tournament diorang. Team kau available tak?" tanya Faiz.

Aku dengar dari jauh je. Selang satu partition. Agak jauh kalau diukur mengikut tahap pendengaran aku.

Sabri balas "Nanti aku confirmkan dengan team aku".

So lepas pom pang pom pang diorang bincang, kitorang pun setuju participate event KLIUC tu.



21 Mei 2011, hari Sabtu bertempat di METROPOINT, KAJANG. Aku, Faizal dan Hafeez gerak sekali. Aku dengan Faizal parking motor dekat opis. Gerak naik kereta Hafeez. Sabri gerak sendiri dari rumah.

Dipendekkan cerita, kitorang masuk dalam tempat bowling tu lebih kurang pukul 1.00 tengahari. Ramai student KLIUC dah standby sambut tetamu kat depan pintu, duduk di meja pendaftaran, prepare hadiah dan macam-macam lagi. Pihak penganjur nampak seronok je menganjurkan event tu.

Mana tak nya, ramai gadis je dalam event tu. Peramah betul. Nak jalan ke kaunter pendaftaran pun diiringi oleh 2 orang gadis di kiri dan kanan. Perghh, terasa macam VIP pun ada!


 

Betul tak aku cakap ramai gadis. 
Game start pukul 1.30 tengahari. Event ni memang meriah sebab setiap jabatan yang dijemput diberikan t-shirt percuma dengan warna yang berbeza-beza. MQA dapat baju warna kuning. Pihak penganjur semua pakai baju warna oren.


Macam pasukan Malaysia je!
Kitorang sedikit terkejut bila dapat tahu yang pemain tidak bermain dalam jabatan yang sama. Semua pemain dipecah-pecahkan kepada kumpulan yang diberi nama bunga. Nama kumpulan aku, MELATI (1).

Rupa-rupanya pertandingan ni merupakan Final Project untuk student KLIUC batch diorang. Tambahan pula, pertandingan ini juga adalah untuk charity kepada RUMAH ANAK-ANAK YATIM, DARUL IZZAH.

KUMPULAN MELATI (1)

Dari kiri : Hakim (Berita Harian), Aku, Adibah (KLIUC), Ismail (tak ingat dari mana, maap!!)

Kumpulan Melati (1) tampil menjadi juara kategori kumpulan,
En. Ismail pula memenangi hadiah istimewa iaitu "Pemain Paling Bergaya"


Juara Pemain Terbaik Lelaki (posing gaya innocent)

Syukur, dapat jugak jadi juara. Tapi ada seorang daripada pemain KLIUC bisik dekat kitorang yang KLIUC akan anjurkan satu lagi pertandingan bowling besar-besaran. Tapi tak tahu lagi bila tarikhnya dan siapa yang akan dijemput.

Harap-harap MQA dijemput sekali lagi. Seronok bila dapat join event luar ni. Boleh tambah dekat SKT.. Bajet dapat APC 2011.. Hahaha..


Senaraipendek @ Shorlisted

Rentetan daripada pertandingan bowling piala KSU Siri 1 & 2 yang lalu, pihak penganjur iaitu KPT telah memilih 30 orang pemain terbaik yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang wanita.


Tiga pemain lelaki iaitu aku, Sabri dan Hafeez telah berjaya melayakkan diri untuk tercalon dalam pemilihan wakil KPT tidak lama lagi.

Bagi kategori wanita pula, Hani dan Jun berjaya membuktikan yang mereka mampu menduduki tempat dalam pemilihan nanti.

Good Luck!!

Walaubagaimanapun, sesi latihan dan pemilihan akan diadakan sebanyak SEPULUH kali! Dan setiap kali latihan, pemain yang terpilih ini perlu bermain sebanyak ENAM game seorang! Oh my GOD ...


Banyaknya latihan. 

Hari tu Jun ada beritahu yang pihak KPT akan anjurkan pertandingan bowling siri ketiga.

Di dalam siri ini, 30 orang pemain yang terpilih ni akan berjuang berhabis-habisan kerana pihak KPT hanya memilih 10 orang lelaki dan 10 orang wanita sebagai wakil KPT bagi sukan Kementerian yang bakal diadakan pada bulan Julai 2011 nanti.

* Mesti menyesal punya kalau tak terpilih. Training sampai 10 kali, tapi tak dapat jadi wakil KPT. Banyak belanja habis macam tu je..

Aku dah buat keputusan. Aku nekad nak teruskan. Harap-harap dapat terpilih untuk jadi wakil KPT. Secara tidak langsung aku dah jadi wakil MQA kan?

Monday 23 May 2011

Next station - Batu Pahat

Ini bukan stesen keretapi mahupun stesen bas. Tapi stesen untuk auditor. Biasalah kalau dah namanya auditor, ada la travel ke sana ke sini.

Dulu dia travel ke Sarawak. Tiga tempat dia kena audit, Sibu - Kuching - Bintulu. Kali ni kena hantar ke Johor pulak. Batu Pahat.

"Berapa lama kat sana?" aku tanya.
"Sebulan lebih. Tapi balik KL every 2 weeks", jawab gelpren aku.

Maka tak perlu la nak risau sebab boleh balik-balik. Tak macam dekat Sarawak, bertapa sampai sebulan.

Bila aku tanya "macam mana jadi orang Batu Pahat?"
Dia balas "Tak best! Hotel tak best, foods - out, services - out"

Sabar la ye. Nasib baik ada hotel. Kalau kena duduk dekat rumah tumpangan Ah Wong, lagi naya.


P/S : Minggu ni dia balik. Rasa macam nak bagi kejutan sikit la. Tapi tak nak buat macam AF. Tak terkejut langsung!

Tuesday 3 May 2011

Kejohanan Bowling Tertutup KPT Piala KSU 2011 - Siri 2



Kejohanan kali ni berlangsung di Mines Bowl, Seri Kembangan. Seperti biasa, aku tumpang kereta Wan. Setibanya kami di Mines, dengan langkah yang panjang terus menuju ke food court. Makanan kat sana memang terbaik. Sebab rata-rata makanan gred A minus minus minus dan minus. Tak sedap!
Makan sampai habis pun sebab dah lapar sangat.

Baca doa lepas makan. Kemudian kami bergegas naik ke pusat bowling. Lebih kurang jam 9.30 malam, kejohanan bowling tertutup KPT siri 2 dirasmikan oleh Ketua Pengarah dari Kementerian Pembangunan.

Maka bermulalah sesi membaling bola secara beramai-ramai.
Tanpa menghiraukan situasi sekeliling, balingan demi balingan dihayunkan sambil memenuhi tuntutan perut dengan muffin dan air kotak sehinggalah tamat 3 games.

Keputusan diumumkan jam 11.30 malam. Ini waktu normal pihak pengajur mengumumkan keputusan.

......

Performance kali ni menurun. Sangat menurun. Perbezaan sebanyak 120 jatuhan pin berbanding markah pada kejohanan bowling tertutup KPT siri 1 yang lalu. Walaupun markah tak seperti siri yang lepas, kami masih berjaya membawa pulang hamper.

Berikut adalah keputusan untuk siri 2 :



 Kali ni aku berjaya menduduki tempat ke-3 (dulu tempat ke-4 tapi tak dapat hadiah)
Sabri & Hafeez turut tersenarai dalam Top 10.



Berjaya  menduduki tempat kedua (kategori kumpulan)



Kumpulan wanita pun hebat. Menduduki tempat kedua.
 
Hebat-hebat pemain MQA ni.  =)



Tahniah kepada semua pemain MQA!

Harap-harap untuk siri yang akan datang, wakil dari MQA berjaya meduduki tempat pertama, insyaAllah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...