Tuesday, 9 August 2011

Ramadhan Al-Mubarak 1432H



"Nawaitu souma ghadin 'an ada'i fardhu shahri ramadhana hazihissanati lillahi ta'ala"

(Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu 
di bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala)

Alhamdulillah, hari ni hari ke-8 berpuasa. Macam mana puasa? Penat? Lapar? Mengantuk? Itu semua hanya dugaan kecil. Jika dibandingkan dengan apa yang kita nikmati sepanjang 11 bulan sebelum Ramadhan, memang banyak yang kita perlu korbankan dalam bulan Ramadhan.

Dan semestinya dugaan yang paling besar dalam bulan Ramadhan ialah jihad memerangi nafsu! Syaitan dah menggoda dan menghasut kita selama 11 bulan dan mereka sekarang bergembira dan bergelak ketawa melihat kita samada berjaya atau tidak untuk mengawal nafsu hasil godaan syaitan.

Nafsu ni banyak jenis. Dan kita selalu tak perasan, kadangkala apa yang kita buat tu sebenarnya tuntutan nafsu semata-mata. Kenapa kita tak perasan? Sebab kita dah biasa. Boleh dikatakan rutin harian kita.

Contoh : 

- Tak bangun solat subuh (syaitan dah didik lama dah)

- Pantang ada masalah je, mencarut (biasa sebut)

- Bila nampak kesalahan orang lain, mengumpat (tak lengkap hidup kalau tak bergosip)

- Ada awek berpakaian ala-ala cover DVD lucah, mata tu macam takde kelopak. terbukak luas je (rezeki katanya)

- Bawak kereta dalam jem, habis segala sumpah seranah keluar. 'Menurun' je belum lagi. Bila kena potong, hon volume paling tinggi. Siap repeat lagi. (tak boleh sabar, kejap lagi lauk kat bazaar habis)


Banyak lagi perkara yang kita lakukan seharian tu mengikut nafsu. Dalam bulan puasa ni, kalau tak mampu nak banyakkan amal ibadah sunat pun tak mengapa. Yang wajib itu adalah teras yang perlu kita utamakan.
Mengapa dikejar amalan sunat jikalau amalan yang wajib pun dengan mudah kita abaikan? Renungkanlah.

Alangkah baiknya kalau nafsu kita dapat dikawal dengan baik. Bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah mata, telinga, hidung, tangan dan kaki pun perlu berpuasa dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT. Dan jika kita berjaya menangkis segala kemahuan nafsu, InsyaAllah Ramadhan ini akan menjadi satu titik permulaan untuk kita membentuk akhlak yang mulia. Amin..

.....


Cara kebanyakan orang berpuasa zaman sekarang :-

1. Bangun sahur (alhamdulillah)
 
2. Lepas sahur tidur (tak solat Subuh)

3. Bangun tidur, mandi kemudian keluar rumah. Yang bekerja, gi opis. Yang student, gi kolej. Yang tak buat apa-apa, sambung tidur.

4. Masuk waktu Zohor, buat-buat tak dengar azan.

5. Masuk waktu Asar, bersiap-siap nak balik kerja. Sampai rumah penat, tak solat Asar.

6. Yang singgah kat bazaar, kalau bawak RM10.00, habis duit beli makanan.Siap berebut-rebut lagi.

7. Yang tidur dah bangun. Standby nak berbuka puasa.

8. "Allahu akbar, Allahu akbar!".. makan, makan, makan, kenyang!

9. Makanan (masak + beli) tak dihabiskan. Membazir.

10. Dah kenyang tinggal semuanya. Maghrib, Isya' rileks je langgar. Terawih toksah cakap la. Ada yang tidur, main games, online, tengok TV, keluar lepak dengan kawan, tengok wayang, dating sampai pagi buta pun ada!

11. Masuk tidur. Dah pagi, bangun sahur. Ulang dari atas sampai bawah. Amalkan setiap hari.

Adakah itu dianggap berpuasa dalam Islam?

Setiap amal kebaikan dalam bulan puasa ni, pahalanya berlipat kali ganda. Janganlah kita sia-siakan bulan Ramadhan kerana ia datang hanya sekali dalam setahun. Panjang umur, kita bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan. Jika ditakdirkan kita pergi sebelum sempat menemui Ramadhan, fikir-fikirkanlah..

p/s : Entri ini peringatan khusus untuk diri saya sendiri. Amnya untuk renungan kita bersama.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...