Thursday, 16 June 2011

Tak Pasal-Pasal

Mohon perhatian! Kepada pemandu-pemandu pacuan empat roda sekalian, tolong jangan memandu seperti tiada jenis kenderaan lain diatas jalanraya. Sebagai penunggang pacuan dua roda, disini saya ingin menegaskan dua (2) perkara iaitu :

  1. Boleh tak korang memandu seperti itik pulang petang? Kenapa perlu curi ayam di lorong masuk yang muat untuk sebijik kereta sahaja? Kami penunggang motorsikal sangat memohon jasabaik datuk-datuk, datin-datin, dan mereka-mereka yang memandu perodua Kancil mahupun Myvi tetapi berlagak seperti memandu ambulans, kereta polis atau bomba supaya sentiasa memberi ruang kepada kami.
          Bukan mintak ruang seluas 1 ekar pun. Kalau ada kecemasan sekalipun, pandang-pandang la side
          mirror kereta korang tuh. Waktu ujian memandu dengan JPJ, pandai pulak tengok side-mirror. Siap
          betul-betulkan lagi. Nak je disuapkan crocs kat dalam mulut korang.



    2.  Separuh body kereta dah masuk, baru nak bagi signal. Kalau dapat yang sopan sikit, bagi signal lepas
         tu terus masuk. Kalau macam tu situasinya, tak hairan la banyak penunggang motorsikal maut di
         jalanraya. Aku pun dah lali tengok pemandangan dimana penunggang motorsikal yang panas baran
         hon-hon sambil menghayunkan kakinya terus kearah pintu kereta yang buat hal. Selalunya ketuk
         cermin kereta je. Padan muka! Yess!

         Apakata korang bagi signal atleast 10 saat sebelum masuk. Kalau malas sangat, 5 saat pun jadi la.

Kasihanilah penunggang motorsikal. kalau eksiden, yang teruk motor bukan kereta.

Yang tercampak kemudiannya mati pun penunggang motorsikal jugak.

aku nyaris eksiden pagi tadi. sebab dua hal ni la.
tak pasal-pasal aku mencarut selama beberapa saat.

jangan terasa kalau anda bukan didalam 2 golongan diatas. Peace!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...