Thursday, 16 June 2011

Gempar! Website Kerajaan Bakal Di-Hack!


Gempar satu Malaysia tentang perkara ini. Para hackers yang menggelarkan diri mereka sebagai "Anonymous" ini akan menyerang portal web kerajaan pada hari Khamis jam 3.30 pagi. Portal kerajaan tersebut ialah http://www.malaysia.gov.my. dan operasi ini dinamakan "Operation Malaysia".

Anonymous, sebuah pertubuhan hactivist terbesar dunia telah melancarkan serangan siber (hacking) berprofil tinggi ke atas beberapa laman web luar, termasuk Playstation Networks (PSN) baru-baru ini.

Sasaran seterusnya dikatakan portal kerajaan Malaysia adalah kerana rasa tidakpuas hati berikutan tindakan "censorship" dan "blocking" beberapa website seperti ThePirateBay dan Wikileaks.



Pelbagai sebab mereka berikan untuk memberi 'pengajaran' kepada kerajaan Malaysia antaranya, kerajaan telah menyekat hak kebebasan para pengguna internet. Dan baru-baru ini SKMM telah menyekat website-website download daripada dilayari oleh rakyat Malaysia.


Kalau tengok kat senarai di atas, hampir sebahagian daripadanya adalah website-website download. Marah betyul diorang ni.

Samada team anonymous ini berjaya atau tidak, kita tungguuuu..!

p/s : Tadi aku try bukak website www.malaysia.gov.my. Tak boleh masuk pun. Belum jam 3.30 lagi. Musykil gak nih..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...