Thursday 31 March 2011

Lagu Dari Jauh

Lagu ni dia pernah tujukan kat aku dulu-dulu. Sekarang dia outstation kat Sarawak, sebulan. Dalam 2 minggu lagi dia balik KL. Pagi tadi atas motor, on the way datang ofis teringat lagu nih.
Tak pasal-pasal aku test suara atas motor pagi tadi..

ARTIS : DADALI
LAGU : SAAT AKU MENCINTAIMU


Amaran : lagu ini ada unsur-unsur jiwang yg tidak keterlaluan




Tapi aku tak dengar kosong je. Aku balas derrr..

Ni lagu aku balas kat dia sebelum dia gi Sarawak.
Kena dengan situasi aku & dia.

ARTIS : BLACK MENTOR
LAGU : LEIA

Tiada amaran untuk lagu ni sebab unsur-unsur jiwang-nya dah dikaburi dengan kelantangan vokal & kerancakan muzik.



Nak bagi lagu lain tapi, nanti dia sedih lak. Terpaksa batalkan niat.

Quote 2

" Tak susah nak dapat 1000 kawan dalam setahun,
tapi sangat susah nak dapat seorang kawan yang setia selama 1000 tahun "

Renung-renungkan ...


Wednesday 30 March 2011

Bosan Bosan Bosan !!

LAMBAT GILA NAK KUL 5.30 !

Apahal? Nak balik ke?

TAK AH! BUAT PE BALIK AWAL!

Abis tu?

MAIN PING PONG AR!

Laa. Hebat ke kau?

LAGI HEBAT DARI KAU!

Tak mungkin. Aku lagi hebat...

BETUL KE?

Ya, betul.

KALAU BETUL HEBAT, TOLONG TUKARKAN WAKTU SEKARANG JADI 5.30 ~!!!! PLSSSSSSS!!


Anda Berani? Cubalah!

1. Korang tau tak air Vanilla Coke yang dalam botol tu boleh diminum tanpa membuka penutupnya?

2. Korang tau tak yang kalau korang menaip kat keyboard jari korang mesti terangkat?

3. Korang percaya tak kalau aku cakap setiap orang yang naik flight tak pernah takde beg/bagasi?

Jangan jawab!

Bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya, tapi kalau nak jawab, nyiru aku tadahkan...

Sebenarnya mereka yang selalu kentut dengan kuat lebih sihat berbanding 
mereka yang kentut secara perlahan-lahan.

Kenapa?
Sisa toksik akan lari bertempiaran sebaik saja anda kentut dengan kuat manakala,
Sisa toksik masih tersimpan dengan enaknya jika anda kentut secara perlahan-lahan.


Untuk menjadi lebih sihat & berani, sahutlah seruan untuk kentut dengan kuat dan lantang!


P/S : jangan kentut sembarangan kalau tak nak kena bahan..   

Quote 1

" Bila kawan ramai keliling kita, cakap besar tunjuk belang. 
Tapi bila sorang-sorang pengecut pemalu, macam semua orang " 

Memang betul pun. Meh aku buktikan.

Situasi 1 :

Korang pegi masuk lif yang ramai orang. Dalam tu ada la sekawan 4-5 lelaki/pompuan.
Sepanjang dalam lif tu korang boleh dengar macam-macam benda diorang borak.
Gelak kuat pastu jelir lidah, berlagak hensem dengan orang sebelah, kutuk bos orang lain, pastu nak melenting kalau kita jeling.

Aku jeling sebab ade cili kat gigi ko la samdol !


Situasi 2 :

Korang gi lepak kat mapley/mamak.
Lepas tu parking kat sebelah table yg digabung-gabungkan menjadi 3 in 1.
Macam biasa, korang boleh dengar cerita diorang beli motor Ducati cash.
Bangga dapat saylang awek member, pastu ckp kt orang sebelah awek dia cun.
Malam tadi pukul budak balik mengaji (sebab budak tu ejek adik dia).
Dapat triple kill / godlike time main Dota hari tu..?

Tapi tengok kalau diorang nih duk sorang-sorang dalam lif, gila pemalu! Sopan  je..
Sehingga mampu mengatasi kesopanan anak dara Tok Imam! Cehhhh..

P/S : Blah la weii.. Buat apa nak tunjuk hebat kat dunia kalau kat akhirat nanti terkakai² ...



Gastrik


Enti ini ditujukan khas kepada mereka yang mengidap penyakit gastrik tapi degil-tahap-kepala-batu. Contoh terdekat ialah aku. Baru je lepas kena gastrik walaupun aku dah banyak kali kena marah dengan doktor. Puncanya satu je, skip makan. Gedik bukan?

Ok. Tak nak cerita panjang-panjang. Cuma nak nasihat diri sendiri. Kalau ada yang terasa tu, padan muka korang. Sape suruh terasa.


Nasihat 1 : Jimat Bertempat - Nak berjimat tu boleh. Tapi tak perlu la sampai nak skip makan. Semalam jimat punya pasal la aku skip makan, konon-konon hebat la. Dah boleh control. Wakluuuu.. bangun pagi terus kena. Takde amaran awal pun..  Kalau pompuan tengah senggugut tengok aku pagi tadi, diorang lagi bersyukur agaknya..

Nasihat 2 : Diet Yang Berhemah - Tak payah nak mengada-ngada diet kalau korang ada gastrik. Terutamanya yang jenis papan lapis. Nak diet kejadahnya? Yang jenis mantop-mantop tu logik la. Diet boleh tapi perut tu isi on-time.
Kalau korang dah ajar perut tu breakfast kul 7 pagi, lunch 1 petang, dinner takde sbb diet, ikut je timetable perut korang. Mudah. Yang penting perut tu tak kosong. Malam takpe sebab waktu pendek & otak berehat.

Soalan & jawapan yang sama dari pelbagai doktor yang berbeza :

Aku : "Doktor, saya baru je lepas kena gastrik. Nak mintak ubat"

Doktor : "Sebentar, Saya check dulu" (dia check la tekanan darah, tekanan perasaan, tekanan dia dengan aku bla bla..)

Aku : "Macam mana doktor?"

Doktor : "Awak ada skip makan tak?

Aku : "Ada semalam. Skip lunch. Tapi saya makan malam tu dengan kuantiti yang banyak. Saya makan lauk ciken wing, gulai ayam bla bla bla.." (muka doktor terliur)..

Doktor : "Tak boleh macam tu" sambil menelan air liur. "Awak kena makan ikut time. Sebab asid dalam perut tu akan keluar setiap kali perut dah bersedia nak terima makanan. So bila takde makanan masuk, asid tu merajuk. Lepas tu memberontak. Kena la gastrik" 

Aku : "Oooooo.. kalau saya lunch dengan asam atau gula-gula Polo?"

Doktor : "Boleh tapi ada risikonya sebab makanan tu tak cukup untuk alas perut"

Aku : "Terima kasih doktor. Jangan lupa bagi MC ye!"


Tuesday 29 March 2011

Jerry C - Awesome!

Ini video lama. 4 tahun lepas. Tapi lagu nih memang terbaik. Kena pulak si Jerry C ni buat versi rock. Geram siot!
Rasa nak makan gula-gula getah sambil kunyah ikut bunyi goreng gitar tahu?

Dulu aku pernah nak belajar main lagu nih.
Dapat curi chord, tp bila masuk part goreng aku dah melilau.
Lagi satu aku main bunyi tak rock pun, sebab gitar kapok je..  =)

Lagu ni feveret aku lepas Canon Rock.. Jom layan~




Minit ke 2:08 - 2:34 buat aku terkesima.

Baru aku sedar, aku takde bakat main gitar versi rock.
Petik secara akustik boleh la kot. Keh3!


Hukum Sebenar Tarian Poco-Poco

Sebaik saja sampai kat workstation aku pagi tadi, rutin biasa - On PC, bukak Outlook (Inbox), check e-mail pastu gi breakfast.

Balik je dari breakfast nasi lemak kerang + teh ais, check inbox ada email.
So dengan rasa rendah diri, aku nak share pasal e-mail tuh.

Dulu ada desas-desus yang mengatakan tarian poco-poco ni haram sebab step mula-mula tu ada membentuk lambang salib.
Ada juga segelintir yang berpendapat tarian ni hanya sekadar tarian.
Jadi step yang membentuk lambang salib itu dianggap berlaku secara kebetulan.

Tan Sri Dato` Seri (Dr.) Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Perak ada mengeluarkan satu surat bertarikh 28 Februari 2011 menjelaskan tentang perkara berkaitan tarian poco-poco ni.


Credit to : Hanizam

" Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011M bersamaan 19-21 Safar 1432H kali 186 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan "

So lepas ni kasi tukar itu senaman. Banyak lagi tarian lain boleh digunakan dalam senaman. Nak contoh ke?
Nah aku bagi..  Tarian Zapin, Kuda Kepang, Tarian Ngajat, Mak Yong, Sumazau - nak lagi best,  try buat tarian Singa tengok ..

P/S : Walaupun awek aku host Mari Menari tapi aku tak pernah bijak menari poco-poco. Asal buat je jadi kawad kaki. Pelik.


Monday 28 March 2011

Sangat Terharu

Trimassss to Miss Afe Adne. Aku baru terjumpa entri yang ada gambar aku kat blog dia.

First time ada blogger yang sudi letak gambar aku dalam blog dia.
Kalau situasi macam ni berlaku kat korang, hanya mereka yang super-normal je rasa terharu.

So Cik Afe Adne, nanti aku letak gambar ko kat blog ni.
Boleh letak gambar ko dengan Ajis tak?



Ni la blogger tersebut..
Berani betul letak gambar aku walaupun aku suka.. Hohoho.. 

Percayalah

Aku rasa hari ni aku lagi hensem & lebih bergaya daripada semalam.

Sebab hari ni hari Isnin.
Aku pakai kemeja belang-belang purple. Seluar slack & berkasut kulit.
Malah rambut sikat belah tepi.

Berbanding semalam hari Ahad.
Lepak kat rumah je.
Berbaju t-shirt lusuh. Berkain pelikat & berkaki ayam.
Tapi rambut masih sikat belah tepi.

Ini bukan syair atau sajak.
Ini luahan hati seorang lelaki yang jarang menerima pujian.

Esok aku akan cuba untuk lebih handsome!

Wakluuuuuu.. bukan senang nak hensem...


Wajah aku zaman muda-muda dulu..

Ok. Aku tipu..


Friday 25 March 2011

3 Kelebihan Hari Jumaat

Aku pun rasa hari Jumaat memang banyak kelebihan. Konfem korang setuju dengan kelebihan² ni. So sila jangan berlakon yang anda seorang berkaliber, muafakat dan tekun dalam kerjaya anda.

 Ada apa dengan hari Jumaat?

  1. Waktu rehat panjang, siap boleh shopping kat Armcop Mall.
  2. Mood paling ceria bila masuk opis lepas rehat. Nguap-sandar-nguap-sandar, sedar² je dah time balik!
  3. Kerja yang ada pon saki-baki Isnin-Khamis je.. Buat kerja sambil korek hidung pon boleh kamu tahu?
Kepada korang yang masih buat kerja kat opis, please........... 
back to NORMAL ~!!


Pesan orang-orang muda lepas jam 4.30 petang : Opis kata pergi, rumah kata mari.

Aku tanak jadik mcm nih...  Bababababaiiiiii~







Wednesday 23 March 2011

Pecah Rekod Tapi Gagal

Seri Gombak - Seorang lelaki dipercayai terkejut apabila bangun dari tidurnya. Beliau mendapati jam tangannya seperti menipu dirinya. Ini kerana waktu bangun beliau ialah jam 7.51 pagi. "Saya rasa tertipu selepas mendapati saya bangun lewat dari kebiasaan", kata lelaki berusia 25 tahun itu.

Disebabkan rasa tertipu, lelaki tersebut memberontak dengan mandi secara jimat dan bergegas keluar seawal 8.03 pagi. Untuk makluman, waktu sebegini dikira awal sekiranya anda rasa tertipu.

Dengan penuh yakin dan tampan, lelaki tersebut terus memecut dengan kelajuan statik 130 - 140 k/j, melanggar lampu merah di Highway Duke, dimarahi oleh seorang lelaki tua kerana memotong tanpa izin dan brake emergency untuk parking. Akhirnya lelaki tersebut berjaya memecahkan rekod sebelum ini dengan mengambil masa hanya 28 minit untuk tiba di pejabatnya. Tahniah!!

-Berita dari Bernama-

"Teeeeeeeettt!" punch tepat jam 8.31 minit pagi!

Siot! Gagal lagi. Sorry boss! Saya lewat seminit harini ~  =)

Tuesday 22 March 2011

Blogging : Kenapa? Motif?

Soalan : Kenapa ber-blog?

Jawapan : Suka-suka.

Soalan : Apa motif?

Jawapan : Nak exercise jari-jemari.

** Note : Jangan ber-blog kalau tak rajin.  =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...