Tuesday 16 August 2011

Anda Couple?



Pertama sekali, aku mintak maaf awal-awal. Bukan apa, entri ini untuk pengajaran bersama. Andai ada yang terasa, jangan pulak marah-marah. Sekadar perkongsian untuk kita saling mengingati.

Antara perkara yang ber'manfaat' bila ber'couple' :

(merujuk kepada semua - termasuk aku)

1) Berseronok (dapat fitnah)...

2) Seronok lagi (dapat dosa)...

3) Beronok-ronok (dapat geng dengan syaitan)...

4) Dapat meluahkan segala masalah kita kepada boyfriend / girlfriend (ALLAH kan ada)

5) Banyak habiskan duit belanja boyfriend / girlfriend itu ini. Tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan..(lebih baik guna untuk bersedekah)

6) Selalu risau (takut BF/GF dikebas orang lain. Padahal dah berapa kali dah tinggal solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan BF/GF...kita sebagai muslim patutnya lebih banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)

8) Lebih mengutamakan BF/GF daripada orang lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja, yang lain dah tak kisah.)

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah. Solat fardhu 5 waktu lewat tak takut pulak)

10) Dan lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA.

Renung-renungkan... dan selamat beramal!

Wednesday 10 August 2011

Malu 3 - Insurans

Kelmarin aku pergi kedai motor. Objektif, renew insurans. Aku berjalan masuk ke dalam premis tersebut sambil membuka jaket gaya Zizan Raja Lawak masuk rumah dalam filem KL Gangster.

Seorang remaja perempuan bertanya, "Cari apa bang?". Aku jawab, "Nak renew insurans"..
"Sekejap bang" dia balas sambil tunjuk seorang wanita sedang bercakap telefon kat kaunter.

Beberapa minit kemudian.

Kaunter : "Abang nak renew insurans berapa ribu?"
Aku : "Berapa ribu boleh cover? First-party dengan third-party"
Kaunter : "Jap" (call orang lain, tanya detail insurans)
Aku : "Hmm, ok. Cepat sikit kak"
Kaunter : "Ok. First-party RM290 cover RM3000. Third-party RM134 cover RM2000"
Aku : "Damn! Aku ada RM120 je ni" bisik aku dalam hati. "Jap kak" aku keluarkan handpone.

Aku call ayah aku. "Teruja ku mengejarmu, bermimpi memilikimu.. tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia aaa..Biarkan ku terus berlari, cuba merajai mimpi.. Tiap bayangmu akan ku jejaki nanti.. Oohh.. oohh.."

Caller ringtone ayah aku lagu tema drama Juvana - Babak Pertama??. Panggilan tak berjawab. Dengan serius aku pandang kat akak tuh, aku cakap "Kejap kak, tak berjawab lak". Kemudian aku dail sekali lagi.

Dengan tiba-tiba, terdengar suara dari belakang.. "Kenapa alang?"

Aku paling ke belakang. Berdiri seorang lelaki berbadan sasa. Muka penuh tanda tanya. Tangan pula diseluk dalam poket seluar. Lalu mengeluarkan handpone untuk dimatikan.

Loorrr, ayah aku rupanya! 

Wanita kat kaunter dengan budak perempuan yang tegur aku tadi tersengih-sengih! Sebab masa aku call ayah aku tu, muka aku serius. Maklumlah, duit tak cukup nak bayar. Rupa-rupanya diorang dari tadi perhatikan aku.

Malu gila kot. Tak tau nak control macam mana dah!

Tuesday 9 August 2011

Ramadhan Al-Mubarak 1432H



"Nawaitu souma ghadin 'an ada'i fardhu shahri ramadhana hazihissanati lillahi ta'ala"

(Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu 
di bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala)

Alhamdulillah, hari ni hari ke-8 berpuasa. Macam mana puasa? Penat? Lapar? Mengantuk? Itu semua hanya dugaan kecil. Jika dibandingkan dengan apa yang kita nikmati sepanjang 11 bulan sebelum Ramadhan, memang banyak yang kita perlu korbankan dalam bulan Ramadhan.

Dan semestinya dugaan yang paling besar dalam bulan Ramadhan ialah jihad memerangi nafsu! Syaitan dah menggoda dan menghasut kita selama 11 bulan dan mereka sekarang bergembira dan bergelak ketawa melihat kita samada berjaya atau tidak untuk mengawal nafsu hasil godaan syaitan.

Nafsu ni banyak jenis. Dan kita selalu tak perasan, kadangkala apa yang kita buat tu sebenarnya tuntutan nafsu semata-mata. Kenapa kita tak perasan? Sebab kita dah biasa. Boleh dikatakan rutin harian kita.

Contoh : 

- Tak bangun solat subuh (syaitan dah didik lama dah)

- Pantang ada masalah je, mencarut (biasa sebut)

- Bila nampak kesalahan orang lain, mengumpat (tak lengkap hidup kalau tak bergosip)

- Ada awek berpakaian ala-ala cover DVD lucah, mata tu macam takde kelopak. terbukak luas je (rezeki katanya)

- Bawak kereta dalam jem, habis segala sumpah seranah keluar. 'Menurun' je belum lagi. Bila kena potong, hon volume paling tinggi. Siap repeat lagi. (tak boleh sabar, kejap lagi lauk kat bazaar habis)


Banyak lagi perkara yang kita lakukan seharian tu mengikut nafsu. Dalam bulan puasa ni, kalau tak mampu nak banyakkan amal ibadah sunat pun tak mengapa. Yang wajib itu adalah teras yang perlu kita utamakan.
Mengapa dikejar amalan sunat jikalau amalan yang wajib pun dengan mudah kita abaikan? Renungkanlah.

Alangkah baiknya kalau nafsu kita dapat dikawal dengan baik. Bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah mata, telinga, hidung, tangan dan kaki pun perlu berpuasa dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT. Dan jika kita berjaya menangkis segala kemahuan nafsu, InsyaAllah Ramadhan ini akan menjadi satu titik permulaan untuk kita membentuk akhlak yang mulia. Amin..

.....


Cara kebanyakan orang berpuasa zaman sekarang :-

1. Bangun sahur (alhamdulillah)
 
2. Lepas sahur tidur (tak solat Subuh)

3. Bangun tidur, mandi kemudian keluar rumah. Yang bekerja, gi opis. Yang student, gi kolej. Yang tak buat apa-apa, sambung tidur.

4. Masuk waktu Zohor, buat-buat tak dengar azan.

5. Masuk waktu Asar, bersiap-siap nak balik kerja. Sampai rumah penat, tak solat Asar.

6. Yang singgah kat bazaar, kalau bawak RM10.00, habis duit beli makanan.Siap berebut-rebut lagi.

7. Yang tidur dah bangun. Standby nak berbuka puasa.

8. "Allahu akbar, Allahu akbar!".. makan, makan, makan, kenyang!

9. Makanan (masak + beli) tak dihabiskan. Membazir.

10. Dah kenyang tinggal semuanya. Maghrib, Isya' rileks je langgar. Terawih toksah cakap la. Ada yang tidur, main games, online, tengok TV, keluar lepak dengan kawan, tengok wayang, dating sampai pagi buta pun ada!

11. Masuk tidur. Dah pagi, bangun sahur. Ulang dari atas sampai bawah. Amalkan setiap hari.

Adakah itu dianggap berpuasa dalam Islam?

Setiap amal kebaikan dalam bulan puasa ni, pahalanya berlipat kali ganda. Janganlah kita sia-siakan bulan Ramadhan kerana ia datang hanya sekali dalam setahun. Panjang umur, kita bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan. Jika ditakdirkan kita pergi sebelum sempat menemui Ramadhan, fikir-fikirkanlah..

p/s : Entri ini peringatan khusus untuk diri saya sendiri. Amnya untuk renungan kita bersama.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...