Tuesday, 7 June 2011

Popeyes Short Seposen!


Semalam aku gi Wangsa Walk Mall. Macam biasa aktiviti kat sana, tengok wayang. Lepas je beli tiket Kung fu Panda 2, kitorang jalan-jalan cari makan. Nak makan berat dah tak sempat, so cari makanan ringan je la.

Awek aku nak makan fries, tapi dah bosan makan fries McDonald. So singgah dekat Popeyes. Aku pun tak tahu yang Popeyes pun ada jual fries.

Aku order Cajun Fries, regular berharga RM 2.90. Abang tu kira, total RM 3.10 termasuk caj-caj lain. Dengan konfiden aku keluarkan RM 3.00 dan menghulurkan kepada cashier tersebut.

Aku tanya awek aku, "Ada seposen tak?". "Takde syiling la" balas awek aku.

Setulus hati aku cakap kat cashier tu, "Bang, takde duit kecik la".

Cashier tu pandang aku, aku pandang awek aku. Awek aku lak selongkar beg, tak tahu lah apa yang dia cari. Aku toleh kat cashier tu, dia tengah bungkuskan fries. Dah siap bungkus, dia pun letak atas meja sambil menghulurkan resit.

Aku ambil fries dan berlalu pergi.

Sampai kat luar Popeyes tu, naik eskalator sambil memikir-mikir macam ada benda yang tak kena. Tengah-tengah eskalator tu baru aku teringat yang aku belum bayar lagi seposen! Patut la cashier tu pandang-pandang aku tadi. Tapi pelik, kenapa dia tak mintak je? Tanpa rasa bersalah aku seluk plastik berisi fries tu, terus kunyah sebatang. Nak turun balik, tapi masa dah time.


Kepada cashier yang baik hati, halalkan la ye seposen tu. Betul-betul tak perasan. Short seposen je, bos tak marah kot. Kalau dia marah, nanti saya datang bayar yang seposen semalam.



p/s : Tekak aku cakap, Fries Popeyes lagi sedap daripada fries McDonald.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...