Friday, 10 June 2011

Drama Bersiri TV3 : Juvana


Aku memang susah nak melekat depan TV. Apatah lagi drama bersiri, harus diikuti setiap minggu. Walaupun cerita tu meletup 1-2 juta penonton sekalipun, aku tak tergerak hati nak tengok. Daripada drama Nur Kasih, Adamaya (walaupun ada Lisa Surihani) sehingga yang terkini Nora Elena, aku tak tengok. Sebab aku lebih suka menghabiskan masa dengan bowling, games & internet.

Macam mana aku boleh layan Juvana? Alkisah, awek aku ada kawan. Schoolmate. Nama dia Shera Aiyob (heroin filem Karak). Dia baru je bertunang dengan Zahiril Adzim (hero drama Juvana). So awek aku ni rekemen kat aku suruh tengok drama Juvana ni. Macam biasa lah, aku malas nak follow tiap-tiap minggu.

Tapi semalam, tiba-tiba tergerak hati nak tengok Zahiril ni berlakon. Sebab aku dah tengok filem KARAK. Lakonan Shera tu quite nice. Not bad la walaupun kali pertama berlakon. Tidak kayu. Karakter tu hidup. Cuma hero la nampak kurang menyerlah. Kilafairy tu pun, boleh la. Kepada yang belum menonton filem Karak ni, untuk kaum wanita jangan lupa bawa shawl atau sebarang objek yang boleh tutup mata korang. Seram tak seram, ada jugak orang nak lari keluar panggung!

Siot, menyimpang dari topik! Ok, aku buka laman Youtube, terjumpa pulak yang full version. Selalu kat Youtube uploader pecah-pecahkan ikut part. Satu part 10 minitn kan? Tapi ni full 30 minit lebih lepas tolak iklan. Nak tengok dekat tonton.com.my malas pulak nak buat akaun.

JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.
10 minit pertama, aku layan episod 1. Intro dia menarik. Masuk minit 20, aku bukak episod 2 kat 'new tab' lepas tu pause. Sementara tunggu episod 2 buffering, aku layan episod 1 sampai habis.

Disebabkan jalan cerita Juvana ni best, aku buat keputusan drastik untuk follow drama ni sampai tamat. Tapi bukan dekat TV, dekat Youtube je. Sambil-sambil tu boleh main poker, chatting & update blog. Ye dak?  (Kalau aku rajin, aku buat akaun kat tonton).

Kenapa aku minat nak follow Juvana nih?
  1.  Jalan cerita yang mudah difahami. Tak complicated (selalunya cerita jiwang karat).
  2. Aku suka cerita genre aksi dengan komedi. Cintan cintun ni payah sikit nak masuk. Slow dan bosan.
  3. Salah Botak la ni! Lakonan menjadi. Sebab dia la cerita tu nampak ke-juvana-an.
  4. Dialog santai gila. Terasa aura gangster yang tidak melampau.
  5. Pelakon baru tapi semua boleh bawak karakter masing-masing. 
  6. Lagi best bila aku jumpa Official Page - Juvana. Awesome!
  7. OST Juvana ni pun best. Lagu - Babak Pertama. Artis - Drama Band.


Dalam drama ni, aku suka part Apek buat muka. Botak and the geng serius nak pukul dia tapi tak jadi pukul. Lepas tu dia buat muka. Macam haram.. Boleh gelak sambil kentut dowh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...