Tuesday 26 April 2011

Game Paling Cute di Facebook!


Hari Sabtu lepas aku terjumpa satu game Facebook yang sangat comel. Nama game ni DDTank! Game ni ala-ala Gunbound (game favourite aku lepas SPM). Siapa yang pernah main, mesti dia tahu. Cara main sama je. Main tembak-tembak. Simple.

Sebelum tu, jom kita tengok persamaan Gunbound dengan DDtank ni.


Map hampir sama. Gameplay pun lebih kurang. Ada wind, double damage, heal, teleport, chat bla bla bla..




Comel tak? DDTank lagi comel. Gunbound garang sikit.

Nak cerita sikit pasal DDTank. Actually, game ni untuk semua jantina. Lelaki, perempuan, pondan, nyah, bapok, tomboy, pengkid dan banyak lagi la jantina zaman sekarang ni. Daripada korang layan Farmville, Pet Society, Mafia Wars dan semua yang ville/wars la, lebih baik korang main game ni. Takde limited energy ke, harvest ke, korang boleh main 24 jam tanpa henti!

Cuma yang baru nak main, kena belajar la sikit. Tapi jangan risau, ada tutorial & tips.

Jom cuci mata dengan kecomelan karakter-karakter DDTank ni.


Girl or boy? Suka hati korang la..



Loading screen


Nak main, masuk kat Game House.


Boleh beli avatar (kalau ada duit)



 Lepas tu buat karakter hensem²!



Yang pompuan, nak cun boleh.


Nak buat comel² pun boleh!



Lepas pilih chamber (room), boleh la start main.
Item kat tepi tu jangan lupa beli ye!


 

 Dah boleh tembak-menembak.


 

Selamba je baling TV!



Loceng pun ada la..

note : buah, tukul besi, bom, pisau, batu-bata pun ada..



Kalau dah pandai main nanti, boleh la upgrade weapon, baju, dan segala macam avatar korang.


Link to DDTank : Korang search je DDTank dekat FB korang. =)

Tips : Ada 3 server. Setiap server boleh buat satu ID/Account.

nota : kalau korang main nanti, jangan lupa click "do not allow publish DDtank to your wall/profile".
kalau tak, penuh la wall korang dengan DDtank je.

Selamat bermain!




Sunday 24 April 2011

Bowling Persahabatan Creative Solution & Panasonic

Semalam, hari yang cukup indah buat aku!

Kenapa indah? Sebab aku berjaya masuk final! Yeah ~!!

Ini kali pertama aku masuk competition format Step Ladder. Sebelum-sebelum ni tak pernah main format macam ni pun.



Hmm, perlawanan semalam mengumpulkan 5 team dari CREATIVE SOLUTION (CS) dan 5 team dari PANASONIC (P). Satu team terdiri daripada 4 orang pemain. Oleh kerana CS tak cukup team, diorang pun jemput team aku (melalui kapten, Sabri). Since tak pernah main step ladder, kitorang pun join. Boleh tambah pengalaman.

Format step ladder :

1st step - 5 team (CS) vs 5 team (P) [3 games]
2nd step - 8 individu terbaik (CS) vs 8 individu terbaik (P) [1 game]
3rd step - 4 winner (CS) vs 4 winner (P)  [1 game]
4rd Step - 2 winner (CS) vs 2 winner (P) [1 game]
Final - 1 winner {CS) vs 1 winner (P) [1 game]

** bermula dari 2nd step sampai Final, cara lawan Head to Head. Satu lawan satu **

 || Perjalanan aku dari mula ||
  1. Terpilih masuk dalam 8 individu terbaik dengan 454 total pin fall (3 games)
  2. Menang dengan RAFIQ (CS) - 192 pin fall.
  3. Menang dengan NOREEN (CS) - 186 pin fall.
  4. Menang dengan KURIEN (P) - 179 pin fall.
  5. Final kalah dengan REM (P) - 149 pin fall (REM - 186 pin fall)


Perasaan aku semalam, memang nervous. Mana tak nervous, dah la kali pertama main step ladder, boleh pulak perform sampai masuk final. Baru aku tahu yang bowling ni pun sukan yang memerlukan mental yang sangat kuat.

Kenapa? Sebab bila main step ladder, main terus-terusan. Menang je terus tukar lane. Jumpa opponent baru. Penat. Memang teramat penat. Pagi tak sarapan, beli waffle pun tak sempat nak habiskan. Lapar gila tahap kucing mengiau pun ada.

Mental memang kena kuat. Aku kalah kat final sebab tak tahan kena psiko. Mari-mari, abang nak senaraikan antara psiko-psiko yang boleh buat hilang fokus nak perform (sebab dah kena, saja nak share) :

  • Penonton / Peserta : Bila main untuk final, semua orang akan berdiri/duduk untuk menyaksikan siapa yang bakal menjadi juara. Macam-macam ayat korang akan dengar dengan ekspresi muka yang pelbagai. Bila strike, bila dapat spare, bila miss, semua orang akan cakap sambil melahirkan perasaan mereka dari ekspresi wajah. Aku tengok belakang 2-3 kali je, lepas tu tunduk bawah je.

  • Penyokong : Apa korang rasa bila opponent korang strike, ramai yang bersorak untuk dia. Tapi bila korang yang dapat strike, sorakan tu macam ada, macam tak ada je? Korang mesti rasa down ~

  • Gangguan dari luar : Yang ni paling bahaya. Semalam ada pakcik duduk sebelah aku time final. Pakcik tu ajak berborak. Cerita la macam-macam. "Lepas ni cuba awak tukar main hook tengok", "Saya dulu main straight, sekarang main hook" - paling terbaik ayat psiko dia... "Dia tu spin, mesti spare pin tengah. Tapi kau spin, banyak jadi split" ......Terbaikkkk! Terima kasih pakcik (CS) sebab buat saya hilang fokus!

  • Penat & lapar : Yang ini pun faktor jugak. Sebab dalam kepala fikir nak menang, dalam masa yang sama nak makan. Serius aku cakap, semalam perut aku berbunyi kat atas lane! Lagi satu, aku bukak 1 butang baju sebab panas! 

Memang mencabar. Mental tak cukup kuat nak tahan psiko...

Hmm, Walaupun kalah, bangga jugak sebab dapat tempat ke-2. Pencapaian tertinggi aku sepanjang 8 bulan berkecimpung dalam sukan bowling nih.


My first trophy - 2nd place.


Hamper tetap ada! =)

Terima kasih banyak-banyak kepada team aku (Sabri, Wan & Hafeez), girlpren, K.Fiza & lain-lain sebab sanggup tunggu aku sampai habis main. Nasib baik diorang semua ada support aku dari belakang. Kalau tak, aku rasa aku tak boleh menang sampai ke masuk final. 

P/S : Maybe kalau aku request kat organizer minta untuk buka foul-line, boleh menang mudah kot. Sebab REM (P) tu selalu je pijak line. Kaki masuk lane pun ada. Tapi aku tak berani nak request sebab first-time. Biasa lah tu..

Thursday 21 April 2011

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010



Hari ni MQA mengadakan majlis APC bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Kalau tak silap, ini kali kedua majlis APC diadakan di Hilton. Tahun 2008 dulu dekat Hotel Singgahsana.Hmm, tak kisah hotel mana sekalipun. Yang penting makan free!

Actually semalam aku cuti (kecemasan).Pada fikiran aku, majlis APC ni hari Khamis dimana penjawat awam diwajibkan berbaju batik. Rupa-rupanya pagi tadi lepas baca email semalam, baru tahu yang dress code ialah kemeja dan blazer beserta tali leher. Rugi! Rugi sebab aku lebih suka majlis-majlis macam ni nampak korporat. Dan aku pula berbaju batik. Adesss.. Nasib baik masih ada saki-baki gaya tersendiri. Hmmm...

.....

Aku turun ke lobby jam 10.30 pagi. Tunggu coaster datang. Tapi tak jadi naik coaster, sebab Serena dah sampai. Lagi best naik Serena ye dak?

Sampai hotel terus naik. Sebelum masuk dewan, masuk toilet dulu. Ini penting. Kenapa? Sebab manalah tahu kot-kot ada cili kat gigi ke kan? Baik check awal-awal.

Keluar dari toilet, pergi ke kaunter pendaftaran. Dah daftar baru la boleh masuk dewan. Meja dah sedia ada sebab budak-budak kewangan ni dah sampai awal. Maka tanpa segan silu, aku pun duduk la satu meja dengan diorang.

.....

Majlis start lambat. Masing-masing dah lapar. Yang sibuk bergambar masih bertenaga meneruskan aktiviti sihat tersebut. Untuk majlis APC kali ni, sidang media dan akhbar dijemput hadir. Media Prima, New Straits Time, The Star, Berita Harian dan beberapa lagi sidang media yang aku tak sempat nak ambik tahu.

Sepanjang majlis berlangsung, warga camera-man tidak jemu menghalakan lensa mereka dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Oleh kerana mereka dah pun snap gambar orang, aku dengan rasa rendah diri cari sesuatu yang boleh di capture menggunakan handphone model W910i, 2.0 megapixel.


 Tentatif program.





 Menu. Sedap ke?


 Kenyang sebab kek je.

Tak sempat nak tangkap gambar menu. Macam biasa la, teruja makan. Tak bercakap dah!

Sesi bergambar atas pentas, atas red carpet, tepi tangga, luar dewan memang aktiviti biasa kalau ada majlis-majlis macam ni. Rugi kot kalau tak bergambar. Dah make-up lawa-lawa, cantik-cantik takkan nak simpan dalam peti kot? Ini bukan jarum yang patah kamu tahu?

Sampai ofis, sambung buat kerja. Tapi tak lama pun. Sebab masuk ofis pun dah pukul 3.00 petang. Buat kerja sejam dua je, pastu dah boleh balik.

Apa-apa pun, tahniah buat penerima anugerah. Especially buat Sarini dan Nezhaneza! (wakil dari Bahagian Kewangan)

Cheers~!!

Wednesday 20 April 2011

Hadiah Dari Tanah Suci Makkah & Madinah

4 April yang lepas, mak dan ayah dan achik dan Mak Ngah aku berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah, malam semalam mereka selamat tiba di Malaysia seperti yang dijadualkan.

Abang-abang aku pergi jemput dekat KLIA. Aku tak dapat ikut sebab semua transport ke sana dah penuh.

Nak dijadikan cerita, aku balik rumah buat kerja rutin seperti biasa. Lebih kurang pukul 9.00, aku keluar mencari sesuap nasi. Berbekalkan enjin 4 lejang GT128, aku memecut laju dicelah kegelapan malam. Tak sampai 10 minit pun, sampai di restoran Mas Tomyam, feveret aku sejak lepasan SPM dahulu.

Lepas order nasi paprik & teh o ais, berbalas SMS pula dengan gelpren. Sungguh kurang enak perlakuan itu ketika makan. Tanpa disedari, aku dah habis makan. Panggil akak waitress datang kira bil. Handphone masih di tangan, sibuk memicit kekunci. SMS tetap SMS.

Setibanya di rumah, aku pun terus menuju ke katil, simptom memikirkan masa depan sudah tiba. Baru je landing, handphone berdering. Ayah aku call katanya "Alang, nanti belikan siap-siap nasi goreng USA - 5 bungkus, nasi goreng cili padi - 1 bungkus, nasi goreng cina - 2 bungkus, bubur nasi - 2 bungkus."

Aku tersenyum.

Meriah la malam ni. Aku terus bergegas keluar. Order kat kedai Mas Tomyam tadi. Nasib baik lepas nak bawak 10 bungkus naik motor. Menunggang dengan aksi bahaya, panduan satu lengan dengan kelajuan 100 km/j.

Sampai je kat rumah, diorang dah ada. Park motor. Tolong angkat beg, beg, beg dan beg. Dah settle, semua berkumpul kat ruang tamu.

.....


Sesi penceritaan bermula. Satu demi satu pengalaman dilontarkan diiringi bermacam-macam emosi dan gaya.

Sambil bercerita, barang demi barang dikeluarkan dari beg-beg yang tidak bersusun. Kami adik beradik dipelawa untuk memilih ole-ole mengikut minat dan jantina. Sebab ada ole-ole yang tak sesuai untuk lelaki, contohnya telekung!

Tiga jenis barang berjaya aku pilih. Telahpun mendapat persetujuan oleh adik beradik mahupun yang kecil atau dewasa (diorang ni setuju je) - jenis tak berkira la katakan.



Gelang tangan kayu Koka.

Kopiah.

Perfume - Master Man.


Perfume - Infinity.


Dalam kerancakan bercerita (belum habis lagi tu), dihidang pula air teh. Kakak ipar aku memang rajin. Cuba korang explain, macam mana nak tidur bila dengar cerita yang menarik sambil makan kacang cerdik, kismis, coklat, badam, gajus dan makanan lain yang aku tak tahu nak sebut?

Tapi tak lama lepas tu, masing-masing dah slow. Penat. Esok nak kerja lagi. Aku masuk bilik, tengok jam kat handphone dah pukul 3.00 pagi!

Baring - pejam mata - tidur.

* tapi dalam hati haruslah cakap "terima kasih mak & ayah!" *

Monday 18 April 2011

Maharaja Lawak Kini di Astro Warna - Berbaloi Ke?


Hurmm, Astro memang bijak dalam mencari keuntungan. Lihat saja channel sukan, pakej dah jadi lebih mahal sejak World Cup yang lalu. 

Kini fenomena itu beralih kepada program realiti TV terkenal iaitu Maharaja Lawak (program yang mengumpulkan finalis Raja Lawak Musim 1 - 5) dimana hanya minggu pertama & kedua sahaja yang ditayangkan di channel Prima (104). Untuk minggu yang seterusnya, tayangan beralih kepada Astro Warna.



Para penonton yang teruja dengan persembahan pelawak-pelawak pilihan mereka pastinya mahu mengikuti rancangan ini sehingga tamat. Lebih-lebih lagi apabila nasib pelawak-pelawak ini ditentukan oleh juri 50% dan undian penonton 50%. Takkan korang nak undi suka-suka hati kan? Mesti nak tengok jugak persembahan diorang.

Tapi Astro terlupa, dunia kini sudah maju. Dunia di hujung jari. Teknologi semakin meluas. Program yang ditayangkan pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam ini dengan pantasnya dimuat-naik pada hari berikutnya.

Bayangkan tidak sampai 24 jam, rakyat Malaysia yang tidak melanggan Pakej Mustika (Warna) juga dapat menyaksikan rancangan ini sepenuhnya. Jika bukan di laman popular YouTube sekalipun, masih terdapat banyak lagi saluran lain yang boleh dimuat-turun.

Pasti ramai pelanggan Astro Warna ini menyesal jika mengetahui program realiti TV ini mampu ditonton beberapa minit selepas tayangan penuh di kaca TV rumah mereka.

....

Persoalannya, berbaloi kah anda melanggan Astro Warna sedangkan lawak dan persembahan yang anda saksikan adalah 100% sama seperti mereka-mereka yang tidak melanggan? Renung-renungkan . . .




 Yang 3 ni feveret aku.



P/S : Thanks to uploader! Sharing is caring! We all love you la...

PIKOM PC Fair 2011


Dah bertahun-tahun lamanya aku tak gi PC Fair. Dulu orang panggil PC Fair je, sekarang dah tambah jadi PIKOM PC Fair. Kali ni diorang buat kat bangunan sebelah KLCC.
Berlangsung selama 3 hari dari 15 April 2011- 17 April 2011. 

Sabtu lepas, aku dengan gelpren gi lepak sana. Asalnya nak cari adapter laptop, tapi tak jadi sebab mahal. Last-last window shopping je.


Suasana tak payah cerita la. Selautan manusia yang datang. Sesak. Nak jalan pun sangkut-sangkut. Padahal yang buat sangkut ni bukannya orang nak beli tapi sangkut sebab ramai yang sibuk nak snap gambar model. 

Perhatian - ini bukan litar sepang mahupun America Next Top Model! Boleh pulak stop kat tengah-tengah. Lepas tu snap sampai melutut depan model tuh. Nampak sangat sangap-nya.

Nah aku sajikan gambar-gambar model yang bukan aku snap.




Bro, aku stop kejap je nak usha model-model ni. Bukan apa, mana lah tau kalau-kalau ada yang aku kenal kan? Tapi pantang stop je tangan kena tarik! Gelpren jeles! Heeee...

Hmm, tapi kalau tengok betul-betul booth tahun ni macam tak banyak berbanding PC Fair yang dulu-dulu. Mungkin sebab tempat yang berupa hotel @ ofis yang mana booth hanya ditempatkan di dalam dewan.

Dari segi harga dengan promosi, sama je macam dulu. Barang atau servis dikurangkan dari harga asal sekitar RM 20- RM 30 je. Free gift tu biasa la. Mana-mana fair pun ada free gift. Cuma fun-fair je tu aku macam tak sure.

Review aku untuk PC Fair kali ni :-


Aku suka :
  • Banyak promosi baru walaupun tak banyak booth.
  • Susunan booth yang kemas. Tak pening nak cari barang sebab hall untuk booth dipecahkan mengikut jenis barang.
Aku tak suka :
  • Buat event tengah-tengah bulan. Mana nak cekau duit? - Kerja gomen kot~
  • Hampir setiap booth ada model. Cuci mata tambah dosa.
  • Keluar masuk hall adalah sehala. Dah sampai exit, kalau nak cucuk duit kat ATM, kena patah balik dari mula. Adoiyai.. 
  • Aku terlupa nak masuk hall untuk section Online Games!
  • Tak jumpa booth Sony Ericsson. Memang takde kot. Tak dapat nak survey handphone Experia!


Sebelum balik, gelpren aku sempat register DiGi Broadband promotion macam kat atas ni. Hmm, babai la Celcom Broadband! Sapa suruh caj mahal.

Then, keluar KLCC bayar parking RM 4.00! Bapak murah!
Hari Khamis lepas, parking 3-4 jam jugak tapi kena RM 10.50!! Pelik.

Wednesday 13 April 2011

Kejohanan Bowling Tertutup KPT Piala KSU 2011 - Siri 1

Malam tadi bermula dari ofis, terus gerak gi rumah Wan. Hari gelap gila. Nasib baik sempat sampai rumah dia. Aku tumpang Wan sebab game kat Alamanda, Putrajaya.

Sangat berisiko tinggi jika menunggang motosikal dalam hujan lebat. Ingat drama ke? Demi nak pujuk awek yang merajuk, sanggup redah hujan. Sengal.

Pendaftaran kul 8.00 malam.
Oleh kerana kitorang sampai awal, sempat la Wan nak test bola baru.
Aku siap gi melantak nasi ayam kat food court.

Game start kul 8.30 malam. 
Antara jabatan yang bertanding malam tadi ialah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan PTPTN.

Yang main untuk MQA Lelaki - Aku, Sabri, Wan & Hafeez. MQA Wanita - Hani, Jun, Aisah & Gee Ahmad. Wanita kat lane 3, kitorang kat lane 20.

Buat pertama kalinya aku main tak perform! Oh yeah~ 

" Game 1 : 182   Game 2 : 146   Game 3 : 148 "

TOTAL : 476

Ape kejadah score macam ni?? Tak lepas 150 pun..
Malang memang tak berbau.. (Salahkan malang, padahal sendiri yang tak hebat)

Emm, lepas beduk-membeduk bola, muka pun dah ber-posen-posen, bersorak pun suara macam Dafi, habis jugak game dalam kul 10.45 malam.

Acara penyampaian hadiah kul 11.00 malam. Aku tengok total score untuk team kitorang 1658. Aku cakap kat Wan, "Takde ranking ni Wan. Jom ar gerak", pasrah...


Wan nak tunggu. Dalam menunggu tuh, pengerusi umumkan...Juara Kategori Lelaki, tempat ke-3 jatuh kepada MQA Lelaki! Derrrrrrrrrrr.. bia betik ada ranking!

Kategori Berkumpulan Lelaki :

Tempat Pertama : 1773 (JPP)
Tempat Kedua : 1746 (Gegar United)
Tempat Ketiga :  1658 (MQA)



Dapat la jugak bawak balik hamper.


Team MQA wanita lagi frust. Score diorang 1416. Hampir dapat tempat ketiga sebab yang menang tuh score diorang 1427 je. Beza 11 pin je tu..

Tapi aku tak puas hati sebab tempat ke-3 Individu lelaki total pin fall 481 je.. beza 5 pin je dengan total pin fall aku, 476! Aku berangan ke hape? Tournament sebelum² boleh je perform. Hadoiiii..


** Note : Semua kategori hadiah sampai tempat ketiga je **

Organizer cakap, ada lagi 2 siri lepas ni. Tengok ar kalau dipanggil lagi, join kot.

Frust gila tak perform malam tadi.. kepada Apeng, " melentur buluh biar dari rebungnya, tapi kalau dah buluh, buat cara buluh! Sendiri lentur la deyyyy! "



Sunday 10 April 2011

Malu Sebab Hari Sabtu

On the way nak gi Selayang Mall, singgah jap kat BH Petrol. Bukan nak isi minyak, tapi nak beli ...air dalam botol.

Masuk dengan jiwa yang tenang, bukak peti ais. Sambar Vanilla Coke sebotol, lepas tu terus gi kat awek kat cashier. Tak gentle la bayar kat cashier laki.. 

Awek Cashier (AC) : "2 ringgit bang"

Aku : "Ok dik" sambil menghulurkan duit plastik kaler hijau.

Sementara tunggu AC bagi duit belen, aku belek-belek kat kaunter usha ape yang menarik. Yeah! Mentos berwarna-warni aku sambar.

AC : "Baki 3 ringgit ye bang, terima kasih." sambil melemparkan senyuman.

Aku : "Jap dik, kira mentos ni sekali. Hehehe.." senyum untuk membalas senyuman dia tadi.

AC : "Seringgit tiga posen. Ni bakinya. Terima kasih", ringkas.

Aku : "Dik, plastik beg ada tak?"

AC :  "Takde la bang. Maaf ye"

Aku : "Erm, takkan takde kot? Satu je pun"

AC : "A'ah. Takde la bang"

Aku : "Pelik la. Kenapa pulak boleh takde plastik?"

AC : "Hari ni kan hari Sabtu. Memang takde plastik beg. Sorry ye"....

Aku : "Dah Sabtu ke? Ades, lupa la dik. Abang busy sangat minggu ni. Sorry sorry" .. dah termalu~

Start motor, chow la! Malu dengan aweks kot.. diulangi, aweks.. bukan Bangla ~

Monday 4 April 2011

Usop Wilcha dan Johan Gegar ABPBH 2010

Tamat sudah ABPBH 2010 malam tadi. Tahniah kepada Shaheizy Sam yang telah berjaya merangkul gelaran Bintang Paling Popular. Memang layak pun dia menang. Tengok je filem-filem lakonan dia sepanjang 2010. Terbaekkkkkk ~

Tapi yang lagi terbaik, Usop Wilcha & Johan berjaya buat penonton dalam Arena of Stars pecah perut, pecah kentut, pecah bontot, pecah semua la sebelum nama Bintang paling Popular diumumkan. Pehhh, aku tengok kat rumah pun nak ikut goyang tangan macam dia. Spontan habisss!

Apa-apa pun, jom layan lagi sekali video diorang nih.



Lagi best daripada Maharaja Lawak. Hidup abang Wilchaaaaa!

Saturday 2 April 2011

Ping Pong Punya Hal - Part 2

Sampai kat tingkat 12, memang betul belum start. Dalam kul 10 gak kot start. Aku tak suka cerita panjang² ni. Kecoh je kan?

Dipendekkan cerita, ping pong ni aktiviti sukan yang pertama untuk tahun ni. Kumpulan sukan MQA ada terdiri daripada 4 kumpulan iaitu Kampung Pinang Sebatang (PS), Parang Kontot (PK), Pening Lalat (PL) dan Pasir Berdengung (PB) - kumpulan aku.

Sedikit gambar perlawanan ping-pong pagi tadi.








Makanan untuk player berupa bihun goreng + telur mata! Air - mineral.

Bisnes tetap bisnes. Cuti pun bisnes kasi jalan maaa..
Booth biro cafe. Dah macam singgahsini kat tingkat 8.

 Barisan pucuk pimpinan biro sukan.


View dari atas pentas. 

Total score. Kalau tengok bebetul, Pasir Berdengung memang berdengung!
Menang semua game (3 games). Point kitorang 9 mendahului kumpulan² yang lain.
Hohohohoho~

Keputusan diumumkan hari ni jugak.
Jom tengok apa hadiah untuk juara.. (versi berlagak malu-malu)


Group of Companies???!!

Hahaha.. aku pun tak tahu. Tak bukak pun lagi. Diorang cakap sweater. Ye la kot..
Apa-apa pun,trimas to Biro Sukan.
 Trimassssss to all players of Kampung Pasir Berdengung!

Get ready for the next activities - Futsal!

Tak sia-sia tayar motor aku pancit pagi tadi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...