Monday 25 July 2011

Cabutan Bertuah Yang Kurang Bertuah

"Alaaaaaaa", "Tak best nyeee", "Alang, jom tukar hadiah dengan aku nak?"

Diatas adalah response yang diterima selepas budak-budak ofis berjaya menggondol voucher McDonald RM10 hasil cabutan bertuah sambungan Hari Keluarga yang lepas.  Kepada Ana & Enda, tangan mana korang buat cabutan bertuah tadi?

p/s : Orang ambil hadiah terus dapat tapi diorang kena berjalan ke McDonald dulu baru dapat. Tu yang mengeluh tu. Sabar la ye..  =)

Juara Banner Tercantik Jatuh Kepada..

Kampung PASIR BERDENGUNG!!

Ngam-ngam lepas aku pakai tali pinggang, keputusan diumumkan. Berlari-lari anak mendapatkan Dato' KPE. Dengan manis muka aku pandang kamera sambil berjabat tangan dengan Dato' KPE. "Tahniah", kata dato'.

Tak sangka dengan usaha dan pengorbanan selama 4 hari, banner kitorang berjaya menjuarai pertandingan banner tercantik. Berbaloi-baloi.. Bukan itu je, kampung kitorang juga tampil juara dalam acara Hantu Kak Limah & Game Misteri. Hebat-hebat penduduk kampung aku nih..

Yang penting, tak sia-sia kitorang turun hari-hari kat tingkat 7A. Tak sia-sia budak-budak tu menconteng tudung dan baju diorang. =) 


Kampung Pasir Berdengung.
Banner ekspres. Siap dalam masa 4 hari je!

Hasil kerja aku k.su k.farah ida k.puteri k.rusmini aifa enda nida norni k.gee k.farhanah ross k.lyn k.zura 
tu je nama-nama yang aku ingat. ada lagi yang lain tapi dah lupa. sorry!

Jom kita tengok banner kampung lain...


Kampung Parang Kontot




Kampung Pening Lalat


.
.
.
.
.
.
* harap maaf, saya tidak berjaya mendapatkan gambar banner Kampung Pinang Sebatang.
(aku tak sempat nak tangkap gambar banner diorang sebab time tu nama aku dipanggil oleh DJ,
nama aku naik sebagai pemenang cabutan bertuah)

Apa-apa pun, hari keluarga MQA tahun ni paling meriah! Tahniah KKMQA dan biro-biro yang lain!

p/s : balik rumah, badan gatal-gatal. semua gara-gara berbaring atas padang untuk Game Misteri. 




Wednesday 20 July 2011

Banner Oh Banner!

Sempena Hari Keluarga MQA yang bakal berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 23 Julai 2011,bertemakan Temasya Kampungku, setiap kampung (4 kampung) diberi tugas untuk membuat banner. Bermodalkan kain putih sepanjang 4 meter dan wang tunai RM 50.00, banner mesti siap dan dipasang pada hari temasya.

Tugas ni agak mencabar. Sebab? Sebabnya hanya tinggal 5 hari je untuk siapkan banner ni. Sepatutnya boleh siap awal malangnya ada sedikit masalah berikutan aku tiada di pejabat minggu lepas (SUKUM punya hal).

Hari Isnin baru masuk pejabat. Pening kepala tengok kerja atas meja dengan banner yang tak siap (belum buat apa-apa pun lagi). Selesema dari Melaka pun tak hilang lagi.

So kelam kabut la nak plan dari awal. Aku pun tak boleh nak bagi konsentrasi sepenuhnya sebab kerja minggu lepas kena diutamakan. Berbekalkan email Outlook sebagai platform untuk berbincang, kitorang tak putus-putus berbalas email untuk merancang semuanya supaya tugasan dapat disiapkan sebelum hari temasya berlangsung.

Itu belum masuk bab mintak senarai nama untuk acara sukaneka, email suruh ambil t-shirt dan email-email lain. Bertalu-talu email masuk. Berputar-putar otak aku nak karang email. Alhamdulillah, semuanya dapat diatasi dan diselesaikan dengan baik dan lancar.

Nasib baik ramai ahli kumpulan yang membantu. Bagi support dan komitmen untuk menjayakan tugasan ini. Terima kasih banyak kat korang semua!

So far dah 50% siap. Kalau dah complete nanti, aku upload gambar banner tu dalam blog ni.

Nota : rasa macam masuk zaman sekolah rendah je. main tekap-tekap lepas tu lukis. Dah siap, main kaler-kaler lak. Hahaha..
 

Update SUKUM 2011 : Pingat Perak!


 Dari kiri : Hj. Rahim, Bad, Jamal, Nazri, Azraf, Anuar, Yusof, HemoHemo, Hafiz dan Sabri
 

Tuah ayam nampak dikaki,
Tuah HemoHemo siapa yang tahu.
(maaf, ini poyo)  :)

Setelah sebulan lebih menjalani latihan di Alamanda, Mines, Kajang, Endah Parade dan MIBC,Ayer Keroh akhirnya aku berjaya memenangi pingat perak dalam acara Tenping Bowling Beregu Lelaki. Bersyukur gila sebab ni kali pertama aku dapat jadi wakil kementerian, kali pertama masuk SUKUM, tup tup dapat lak pingat perak! Walaupun bukan juara, tapi puas hati la dengan result naib juara.

Aku pernah tanya kat pengurus pasukan, "Sebelum ni KPT pernah menang bowling tak?". Dia (Hj. Rahim) jawab, "Ini kali pertama KPT bawa balik pingat. Tu yang saya hantar email kat warga KPT tu"

Aku terkesima.

Kalau dikira-kira balik, aku rasa partner aku (En. Nazri Noh) yang banyak menyumbang tenaga dan keringat untuk dapat pingat perak ni. Sebab dalam 6 game, 3 game dia buat lebih 200 jatuhan pin. Kalau tak silap aku 205, 210, 244. Aku buat satu game je, 258. Personal best record.

Tapi si juara tu memang bukan calang-calang orang. Siapa kenal Zul Fauzi (dari UNIMAP)? Dia ni pernah kalahkan Ester Cheah (bowler Malaysia) dalam Allstars Event - Final. Nasib baik tak lawan dia atas lane, kalau tak silap-silap aku langsung tak boleh perform malam tu.

Kalau nak diceritakan pengalaman sepanjang perlawanan tu memang banyak, tapi aku dapat rasa suasana baru yang lagi havoc berbanding sebelum-sebelum ni. Antaranya :
  1. Ramai penyokong menjerit & bersorak bagi sokongan moral. (Kadang-kadang boleh kena saiko)
  2. Berdepan dengan opponent yang bermacam ragam. (Ini lagi saiko)
  3. Sepasukan dengan orang yang aku baru kenal. Sebelum ni main dengan kawan-kawan ofis jek.
  4. Kondisi lane dengan  minyak (oiling) yang aku tak pernah main. Susah wooo nak baca lane.
  5. Format main 2 block (1 block main 3 game, lepas tu tukar lane untuk 2nd block)
  6. Senarai nama pemain, berapa score, lane mana, ranking bla bla bla.. semua terpampang kat whiteboard. Teruja! Sebab ada nama semua orang. So sibuk cari nama sendiri..  =)
  7.  Aku hampir mengalami demam selesema kat sana
  8. Dan lain-lain lagi... Apa-apa pun mental kena kuat bro! ( Ini siriyess ~ )
Tak kisah la, yang penting aku dah dapat pengalaman baru dan part yang paling best aku dah ada pencapaian terbaik setakat ni. Sebelum ni pun naib juara je kat Friendly Bowling Tournament Creative Solution vs Panasonic. Yang tu main step-ladder.

p/s : aku menghabiskan 6 games kesemuanya dalam kategori Singles pada hari pertama untuk baca lane je! Semua dot dan board aku try. Target pun berubah-ubah. Alhamdulillah, akhirnya jumpa. So next day (Doubles) boleh la perform. Hohoho.

p/s kedua : SUKUM bukanlah satu event biasa malah event besar yang diadakan setiap tahun. Lebih kurang macam Sukan Badan Berkanun dan MAKSWIP (Wilayah). SUKUM tahun depan maybe buat di UUM, Kedah. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku terbang ke utara pulak.  =)

Wednesday 6 July 2011

Cuti-cuti Blog

Sepi gila blog ni!

Memandangkan tuan empunya blog, En. Hemo Hemo sedang sibuk menjalani latihan boling dari hari Jumaat yang lalu sehinggalah ke hari ini, maka blog ini pun dibiarkan gantung tak bertali. Kesian.

Dan, En. Hemo Hemo akan berada di Melaka untuk menyertai SUKUM (bukan SUKOM) yang ke-36 selama 10 hari dari 08 Julai 2011 - 17 Julai 2011. Bermula pada hari Jumaat ini, sekali lagi blog ini akan menyepi seperti selalu. Kesian untuk kali kedua.

Oleh hal yang demikian, blog ini diisytiharkan cuti sehinggalah En. Hemo Hemo berminat untuk menyambung penulisan beliau di blog ini.

Sekian, doakan beliau berjaya ye! Terima kasih daun keladi..

p/s : Penat gila training. Apa itu SUKUM? Sila rajinkan diri anda untuk menggunakan laman google 'search' sebab aku pun tahu setakat Sukan Universiti je.

Babai!

Friday 1 July 2011

Handphone Baru

Ingin saya menegaskan disini (walaupun tak tegas pun sebenarnya), hari ini saya menggunakan handphone baru tetapi model lama. Oleh kerana handphone Sony Ericsson w910i kesayangan saya mengalami kerosakan yang kritikal, maka saya tidak berjaya untuk mendapatkan contact number kalian semua.

Sekarang ni satu nombor pun tiada dalam phonebook. Lagipun aku ni jenis orang yang agak pelupa. So kalau aku reply SMS korang dengan soalan "Siapa ni?", jangan lah melenting atau fikir aku lupa kawan pulak. Kalau panggilan telefon tu mungkin aku boleh cam suara korang, so soalan "siapa ni?" tu tak terpacul dari mulut aku kot.

Mintak maaf awal-awal k?

Terima kasih kerana memahami saya. Sekian, terim kasih sekali lagi.

Ok. Mari bekerja semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...