Semalam, hari yang cukup indah buat aku!
Kenapa indah? Sebab aku berjaya masuk final! Yeah ~!!
Ini kali pertama aku masuk competition format Step Ladder. Sebelum-sebelum ni tak pernah main format macam ni pun.
Hmm, perlawanan semalam mengumpulkan 5 team dari CREATIVE SOLUTION (CS) dan 5 team dari PANASONIC (P). Satu team terdiri daripada 4 orang pemain. Oleh kerana CS tak cukup team, diorang pun jemput team aku (melalui kapten, Sabri). Since tak pernah main step ladder, kitorang pun join. Boleh tambah pengalaman.
Format step ladder :
1st step - 5 team (CS) vs 5 team (P) [3 games]
2nd step - 8 individu terbaik (CS) vs 8 individu terbaik (P) [1 game]
3rd step - 4 winner (CS) vs 4 winner (P) [1 game]
4rd Step - 2 winner (CS) vs 2 winner (P) [1 game]
Final - 1 winner {CS) vs 1 winner (P) [1 game]
** bermula dari 2nd step sampai Final, cara lawan Head to Head. Satu lawan satu **
|| Perjalanan aku dari mula ||
- Terpilih masuk dalam 8 individu terbaik dengan 454 total pin fall (3 games)
- Menang dengan RAFIQ (CS) - 192 pin fall.
- Menang dengan NOREEN (CS) - 186 pin fall.
- Menang dengan KURIEN (P) - 179 pin fall.
- Final kalah dengan REM (P) - 149 pin fall (REM - 186 pin fall)
Perasaan aku semalam, memang nervous. Mana tak nervous, dah la kali pertama main step ladder, boleh pulak perform sampai masuk final. Baru aku tahu yang bowling ni pun sukan yang memerlukan mental yang sangat kuat.
Kenapa? Sebab bila main step ladder, main terus-terusan. Menang je terus tukar lane. Jumpa opponent baru. Penat. Memang teramat penat. Pagi tak sarapan, beli waffle pun tak sempat nak habiskan. Lapar gila tahap kucing mengiau pun ada.
Mental memang kena kuat. Aku kalah kat final sebab tak tahan kena psiko. Mari-mari, abang nak senaraikan antara psiko-psiko yang boleh buat hilang fokus nak perform (sebab dah kena, saja nak share) :
- Penonton / Peserta : Bila main untuk final, semua orang akan berdiri/duduk untuk menyaksikan siapa yang bakal menjadi juara. Macam-macam ayat korang akan dengar dengan ekspresi muka yang pelbagai. Bila strike, bila dapat spare, bila miss, semua orang akan cakap sambil melahirkan perasaan mereka dari ekspresi wajah. Aku tengok belakang 2-3 kali je, lepas tu tunduk bawah je.
- Penyokong : Apa korang rasa bila opponent korang strike, ramai yang bersorak untuk dia. Tapi bila korang yang dapat strike, sorakan tu macam ada, macam tak ada je? Korang mesti rasa down ~
- Gangguan dari luar : Yang ni paling bahaya. Semalam ada pakcik duduk sebelah aku time final. Pakcik tu ajak berborak. Cerita la macam-macam. "Lepas ni cuba awak tukar main hook tengok", "Saya dulu main straight, sekarang main hook" - paling terbaik ayat psiko dia... "Dia tu spin, mesti spare pin tengah. Tapi kau spin, banyak jadi split" ......Terbaikkkk! Terima kasih pakcik (CS) sebab buat saya hilang fokus!
- Penat & lapar : Yang ini pun faktor jugak. Sebab dalam kepala fikir nak menang, dalam masa yang sama nak makan. Serius aku cakap, semalam perut aku berbunyi kat atas lane! Lagi satu, aku bukak 1 butang baju sebab panas!
Memang mencabar. Mental tak cukup kuat nak tahan psiko...
Hmm, Walaupun kalah, bangga jugak sebab dapat tempat ke-2. Pencapaian tertinggi aku sepanjang 8 bulan berkecimpung dalam sukan bowling nih. My first trophy - 2nd place.
Hamper tetap ada! =)
Terima kasih banyak-banyak kepada team aku (Sabri, Wan & Hafeez), girlpren, K.Fiza & lain-lain sebab sanggup tunggu aku sampai habis main. Nasib baik diorang semua ada support aku dari belakang. Kalau tak, aku rasa aku tak boleh menang sampai ke masuk final.
P/S : Maybe kalau aku request kat organizer minta untuk buka foul-line, boleh menang mudah kot. Sebab REM (P) tu selalu je pijak line. Kaki masuk lane pun ada. Tapi aku tak berani nak request sebab first-time. Biasa lah tu..




No comments:
Post a Comment