Dah bertahun-tahun lamanya aku tak gi PC Fair. Dulu orang panggil PC Fair je, sekarang dah tambah jadi PIKOM PC Fair. Kali ni diorang buat kat bangunan sebelah KLCC.
Berlangsung selama 3 hari dari 15 April 2011- 17 April 2011.
Berlangsung selama 3 hari dari 15 April 2011- 17 April 2011.
Sabtu lepas, aku dengan gelpren gi lepak sana. Asalnya nak cari adapter laptop, tapi tak jadi sebab mahal. Last-last window shopping je.
Suasana tak payah cerita la. Selautan manusia yang datang. Sesak. Nak jalan pun sangkut-sangkut. Padahal yang buat sangkut ni bukannya orang nak beli tapi sangkut sebab ramai yang sibuk nak snap gambar model.
Perhatian - ini bukan litar sepang mahupun America Next Top Model! Boleh pulak stop kat tengah-tengah. Lepas tu snap sampai melutut depan model tuh. Nampak sangat sangap-nya.
Nah aku sajikan gambar-gambar model yang bukan aku snap.
Bro, aku stop kejap je nak usha model-model ni. Bukan apa, mana lah tau kalau-kalau ada yang aku kenal kan? Tapi pantang stop je tangan kena tarik! Gelpren jeles! Heeee...
Hmm, tapi kalau tengok betul-betul booth tahun ni macam tak banyak berbanding PC Fair yang dulu-dulu. Mungkin sebab tempat yang berupa hotel @ ofis yang mana booth hanya ditempatkan di dalam dewan.
Dari segi harga dengan promosi, sama je macam dulu. Barang atau servis dikurangkan dari harga asal sekitar RM 20- RM 30 je. Free gift tu biasa la. Mana-mana fair pun ada free gift. Cuma fun-fair je tu aku macam tak sure.
Review aku untuk PC Fair kali ni :-
Aku suka :
- Banyak promosi baru walaupun tak banyak booth.
- Susunan booth yang kemas. Tak pening nak cari barang sebab hall untuk booth dipecahkan mengikut jenis barang.
Aku tak suka :
- Buat event tengah-tengah bulan. Mana nak cekau duit? - Kerja gomen kot~
- Hampir setiap booth ada model. Cuci mata tambah dosa.
- Keluar masuk hall adalah sehala. Dah sampai exit, kalau nak cucuk duit kat ATM, kena patah balik dari mula. Adoiyai..
- Aku terlupa nak masuk hall untuk section Online Games!
- Tak jumpa booth Sony Ericsson. Memang takde kot. Tak dapat nak survey handphone Experia!
Sebelum balik, gelpren aku sempat register DiGi Broadband promotion macam kat atas ni. Hmm, babai la Celcom Broadband! Sapa suruh caj mahal.
Then, keluar KLCC bayar parking RM 4.00! Bapak murah!
Hari Khamis lepas, parking 3-4 jam jugak tapi kena RM 10.50!! Pelik.
Hari Khamis lepas, parking 3-4 jam jugak tapi kena RM 10.50!! Pelik.
No comments:
Post a Comment