Wednesday, 13 April 2011

Kejohanan Bowling Tertutup KPT Piala KSU 2011 - Siri 1

Malam tadi bermula dari ofis, terus gerak gi rumah Wan. Hari gelap gila. Nasib baik sempat sampai rumah dia. Aku tumpang Wan sebab game kat Alamanda, Putrajaya.

Sangat berisiko tinggi jika menunggang motosikal dalam hujan lebat. Ingat drama ke? Demi nak pujuk awek yang merajuk, sanggup redah hujan. Sengal.

Pendaftaran kul 8.00 malam.
Oleh kerana kitorang sampai awal, sempat la Wan nak test bola baru.
Aku siap gi melantak nasi ayam kat food court.

Game start kul 8.30 malam. 
Antara jabatan yang bertanding malam tadi ialah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan PTPTN.

Yang main untuk MQA Lelaki - Aku, Sabri, Wan & Hafeez. MQA Wanita - Hani, Jun, Aisah & Gee Ahmad. Wanita kat lane 3, kitorang kat lane 20.

Buat pertama kalinya aku main tak perform! Oh yeah~ 

" Game 1 : 182   Game 2 : 146   Game 3 : 148 "

TOTAL : 476

Ape kejadah score macam ni?? Tak lepas 150 pun..
Malang memang tak berbau.. (Salahkan malang, padahal sendiri yang tak hebat)

Emm, lepas beduk-membeduk bola, muka pun dah ber-posen-posen, bersorak pun suara macam Dafi, habis jugak game dalam kul 10.45 malam.

Acara penyampaian hadiah kul 11.00 malam. Aku tengok total score untuk team kitorang 1658. Aku cakap kat Wan, "Takde ranking ni Wan. Jom ar gerak", pasrah...


Wan nak tunggu. Dalam menunggu tuh, pengerusi umumkan...Juara Kategori Lelaki, tempat ke-3 jatuh kepada MQA Lelaki! Derrrrrrrrrrr.. bia betik ada ranking!

Kategori Berkumpulan Lelaki :

Tempat Pertama : 1773 (JPP)
Tempat Kedua : 1746 (Gegar United)
Tempat Ketiga :  1658 (MQA)



Dapat la jugak bawak balik hamper.


Team MQA wanita lagi frust. Score diorang 1416. Hampir dapat tempat ketiga sebab yang menang tuh score diorang 1427 je. Beza 11 pin je tu..

Tapi aku tak puas hati sebab tempat ke-3 Individu lelaki total pin fall 481 je.. beza 5 pin je dengan total pin fall aku, 476! Aku berangan ke hape? Tournament sebelum² boleh je perform. Hadoiiii..


** Note : Semua kategori hadiah sampai tempat ketiga je **

Organizer cakap, ada lagi 2 siri lepas ni. Tengok ar kalau dipanggil lagi, join kot.

Frust gila tak perform malam tadi.. kepada Apeng, " melentur buluh biar dari rebungnya, tapi kalau dah buluh, buat cara buluh! Sendiri lentur la deyyyy! "



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...