Monday, 18 April 2011

Maharaja Lawak Kini di Astro Warna - Berbaloi Ke?


Hurmm, Astro memang bijak dalam mencari keuntungan. Lihat saja channel sukan, pakej dah jadi lebih mahal sejak World Cup yang lalu. 

Kini fenomena itu beralih kepada program realiti TV terkenal iaitu Maharaja Lawak (program yang mengumpulkan finalis Raja Lawak Musim 1 - 5) dimana hanya minggu pertama & kedua sahaja yang ditayangkan di channel Prima (104). Untuk minggu yang seterusnya, tayangan beralih kepada Astro Warna.



Para penonton yang teruja dengan persembahan pelawak-pelawak pilihan mereka pastinya mahu mengikuti rancangan ini sehingga tamat. Lebih-lebih lagi apabila nasib pelawak-pelawak ini ditentukan oleh juri 50% dan undian penonton 50%. Takkan korang nak undi suka-suka hati kan? Mesti nak tengok jugak persembahan diorang.

Tapi Astro terlupa, dunia kini sudah maju. Dunia di hujung jari. Teknologi semakin meluas. Program yang ditayangkan pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam ini dengan pantasnya dimuat-naik pada hari berikutnya.

Bayangkan tidak sampai 24 jam, rakyat Malaysia yang tidak melanggan Pakej Mustika (Warna) juga dapat menyaksikan rancangan ini sepenuhnya. Jika bukan di laman popular YouTube sekalipun, masih terdapat banyak lagi saluran lain yang boleh dimuat-turun.

Pasti ramai pelanggan Astro Warna ini menyesal jika mengetahui program realiti TV ini mampu ditonton beberapa minit selepas tayangan penuh di kaca TV rumah mereka.

....

Persoalannya, berbaloi kah anda melanggan Astro Warna sedangkan lawak dan persembahan yang anda saksikan adalah 100% sama seperti mereka-mereka yang tidak melanggan? Renung-renungkan . . .




 Yang 3 ni feveret aku.



P/S : Thanks to uploader! Sharing is caring! We all love you la...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...