Hari ni MQA mengadakan majlis APC bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Kalau tak silap, ini kali kedua majlis APC diadakan di Hilton. Tahun 2008 dulu dekat Hotel Singgahsana.Hmm, tak kisah hotel mana sekalipun. Yang penting makan free!
Actually semalam aku cuti (kecemasan).Pada fikiran aku, majlis APC ni hari Khamis dimana penjawat awam diwajibkan berbaju batik. Rupa-rupanya pagi tadi lepas baca email semalam, baru tahu yang dress code ialah kemeja dan blazer beserta tali leher. Rugi! Rugi sebab aku lebih suka majlis-majlis macam ni nampak korporat. Dan aku pula berbaju batik. Adesss.. Nasib baik masih ada saki-baki gaya tersendiri. Hmmm...
.....
Aku turun ke lobby jam 10.30 pagi. Tunggu coaster datang. Tapi tak jadi naik coaster, sebab Serena dah sampai. Lagi best naik Serena ye dak?
Sampai hotel terus naik. Sebelum masuk dewan, masuk toilet dulu. Ini penting. Kenapa? Sebab manalah tahu kot-kot ada cili kat gigi ke kan? Baik check awal-awal.
Keluar dari toilet, pergi ke kaunter pendaftaran. Dah daftar baru la boleh masuk dewan. Meja dah sedia ada sebab budak-budak kewangan ni dah sampai awal. Maka tanpa segan silu, aku pun duduk la satu meja dengan diorang.
.....
Majlis start lambat. Masing-masing dah lapar. Yang sibuk bergambar masih bertenaga meneruskan aktiviti sihat tersebut. Untuk majlis APC kali ni, sidang media dan akhbar dijemput hadir. Media Prima, New Straits Time, The Star, Berita Harian dan beberapa lagi sidang media yang aku tak sempat nak ambik tahu.
Sepanjang majlis berlangsung, warga camera-man tidak jemu menghalakan lensa mereka dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Oleh kerana mereka dah pun snap gambar orang, aku dengan rasa rendah diri cari sesuatu yang boleh di capture menggunakan handphone model W910i, 2.0 megapixel.
Tentatif program.
Menu. Sedap ke?
Kenyang sebab kek je.
Tak sempat nak tangkap gambar menu. Macam biasa la, teruja makan. Tak bercakap dah!
Sesi bergambar atas pentas, atas red carpet, tepi tangga, luar dewan memang aktiviti biasa kalau ada majlis-majlis macam ni. Rugi kot kalau tak bergambar. Dah make-up lawa-lawa, cantik-cantik takkan nak simpan dalam peti kot? Ini bukan jarum yang patah kamu tahu?
Sampai ofis, sambung buat kerja. Tapi tak lama pun. Sebab masuk ofis pun dah pukul 3.00 petang. Buat kerja sejam dua je, pastu dah boleh balik.
Apa-apa pun, tahniah buat penerima anugerah. Especially buat Sarini dan Nezhaneza! (wakil dari Bahagian Kewangan)
Cheers~!!
No comments:
Post a Comment