Zrooooooooooooomm!!
Motor dipandu selaju-lajunya. Bukan sebab takut lambat masuk ofis, tapi sebab kereta tak banyak.
Maklumlah, hari ni kan cuti Hari Wilayah. Jalan KL lengang gila! Kereta pun macam segan-segan je nak ada kat atas jalanraya tuh.
Kalau aku yang bawak motor ni stim je bawak laju-laju dalam keadaan berbahaya, ini kan pulak kereta model Vios, Persona, Honda Civic malah Kancil yang selalunya stuck pagi-pagi buta dalam jem. Dah tentu diorang drive dengan laju sambil menghayati bait-bait lagu Ombak Rindu kat radio. Tangan pulak mengawal stereng secara bebas tanpa perlu menghentak butang hon.(Butang ke?)
Tapi aku rasa setakat jalan lengang belum cukup best. Sebab kalau nak lagi best, biarlah hari ni bukan setakat Hari Wilayah, tapi Hari Selangor gak. Baru best!! Nak nampak jalanraya pun tak sempat. Sebab syok tidur versi memuaskan nafsu semata-mata. ^___^ Hehehe..
...
P/S : Cuti Hari Wilayah jatuh pada tarikh yang boleh-tahan-la-jugak-cantik. Kan kan kan? (1.2.12)
No comments:
Post a Comment