Wednesday, 23 March 2011

Pecah Rekod Tapi Gagal

Seri Gombak - Seorang lelaki dipercayai terkejut apabila bangun dari tidurnya. Beliau mendapati jam tangannya seperti menipu dirinya. Ini kerana waktu bangun beliau ialah jam 7.51 pagi. "Saya rasa tertipu selepas mendapati saya bangun lewat dari kebiasaan", kata lelaki berusia 25 tahun itu.

Disebabkan rasa tertipu, lelaki tersebut memberontak dengan mandi secara jimat dan bergegas keluar seawal 8.03 pagi. Untuk makluman, waktu sebegini dikira awal sekiranya anda rasa tertipu.

Dengan penuh yakin dan tampan, lelaki tersebut terus memecut dengan kelajuan statik 130 - 140 k/j, melanggar lampu merah di Highway Duke, dimarahi oleh seorang lelaki tua kerana memotong tanpa izin dan brake emergency untuk parking. Akhirnya lelaki tersebut berjaya memecahkan rekod sebelum ini dengan mengambil masa hanya 28 minit untuk tiba di pejabatnya. Tahniah!!

-Berita dari Bernama-

"Teeeeeeeettt!" punch tepat jam 8.31 minit pagi!

Siot! Gagal lagi. Sorry boss! Saya lewat seminit harini ~  =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...