Tuesday, 29 March 2011

Hukum Sebenar Tarian Poco-Poco

Sebaik saja sampai kat workstation aku pagi tadi, rutin biasa - On PC, bukak Outlook (Inbox), check e-mail pastu gi breakfast.

Balik je dari breakfast nasi lemak kerang + teh ais, check inbox ada email.
So dengan rasa rendah diri, aku nak share pasal e-mail tuh.

Dulu ada desas-desus yang mengatakan tarian poco-poco ni haram sebab step mula-mula tu ada membentuk lambang salib.
Ada juga segelintir yang berpendapat tarian ni hanya sekadar tarian.
Jadi step yang membentuk lambang salib itu dianggap berlaku secara kebetulan.

Tan Sri Dato` Seri (Dr.) Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Perak ada mengeluarkan satu surat bertarikh 28 Februari 2011 menjelaskan tentang perkara berkaitan tarian poco-poco ni.


Credit to : Hanizam

" Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011M bersamaan 19-21 Safar 1432H kali 186 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan "

So lepas ni kasi tukar itu senaman. Banyak lagi tarian lain boleh digunakan dalam senaman. Nak contoh ke?
Nah aku bagi..  Tarian Zapin, Kuda Kepang, Tarian Ngajat, Mak Yong, Sumazau - nak lagi best,  try buat tarian Singa tengok ..

P/S : Walaupun awek aku host Mari Menari tapi aku tak pernah bijak menari poco-poco. Asal buat je jadi kawad kaki. Pelik.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...