Satu fenomena baru telah ditemui. 'Friday Blues' kononnya macam 'Monday Blues' tapi sebenarnya tak sama pun.
Friday Blues merupakan hari Jumaat (hari ni) dimana masa yang berlalu teramat lah slowwwwww! Bukan aku sorang je yang rasa, budak-budak opis aku pun rasa perubahan ni.
Misteri fenomena ni still belum terjawab. Aku rasa lepas balik dari masjid kang, terjawab la kot. Bajet dapat petunjuk padahal sembahyang pun tak khusyuk muahahaha.. (korang ingat senang ke nak khusyuk?)
Baru aku tau, kenapa kawan aku tak nak buat overtime esok. Pasal lama sangat tunggu nak sampai hari Sabtu!
Kepada miss.afe.adne, tolong la overtime esok.. kalau kau datang esok, aku belanja roti canai Abadi sehelai dengan teh tarik kurang manis 1 liter.
p/s : banyak nye kerjaaaaaaaaaaa!!
maaf,,
ReplyDeletesaya bukan lah tidak mahu berkeja melebihi masa esok hari.. tetapi keadaan baby comel yang berada di dalam dan disebalik lapisan2 lemak perut ini yang tidak mengizinkan.. tambahan pula sifat2 mabuk dan rasa2 loya mula menyelinap di kerongkong.. maafkan saya.. mungkin disebabkan roti canai tersebut la yang membuatkan saya semakin ase loya.. dan please terima keabsent-nan saya untuk hari esok...
maaf diterima tetapi,
ReplyDeletesaya berasa sedih diatas keabsent-nan puan kerana saya tidak tahu dimanakah patut saya belanjakan roti canai tersebut.. malah baby yang dijangka comel itu sebenarnya sangat gemarkan roti canai jenama Abadi.. puan juga tidak perlu risau kerana rasa loya dan mabuk yang puan alami itu akan hilang sebaik saja tiba hari cuti umum.. sekali lagi, saya maafkan puan..